Info Kerjaya Malaysia

Mohon Kerja MySTEP Guna Email? Ini Contoh Email Yang Anda Boleh Gunakan Ketika Memohon Jawatan MySTEP

893

Seringkali iklan jawatan kosong terkini yang sering anda lihat, mesti ada “MYSTEP” pada hujungnya, bukan? Ini adalah salah satu peluang pekerjaan jangka masa pendek yang mempunyai beberapa kelebihan seperti potongan KWSP, SOCSO, Elaun dan sebagainya. Malahan, pekerja MySTEP ini boleh mendapat bonus sama seperti penjawat awam yang lain juga ya!

Laman web myfuturejobs pula menyediakan banyak jawatan kosong MySTEP yang boleh dipohon oleh semua rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan bermula dari PMR, SPM, STPM, Diploma, Ijazah dan sijil-sijil lain yang setaraf.

Terdapat juga iklan kekosongan jawatan MySTEP terus  daripada laman web atau media sosial  Jabatan atau Kementerian tersebut seperti Facebook, Instagram, Linkedin, Tiktok dan sebagainya.

NAMA EMEL

Penting untuk diingatkan, pastikan nama emel anda adalah nama emel yang relevan dan profesional. Jangan pula anda letakkan nama yang pelik-pelik seperti “Miradoremon@gmail”, “kapchairace@gmail” atau sebagainya.

Apa nama emel yang sesuai? Anda boleh letakkan nama anda seperti “noralia@gmail”, “aisyahkamarudin@gmail” dan yang berkaitan dengan nama anda.

Sekurang-kurangnya tidaklah bakal majikan atau Bahagian Sumber Manusia terkejut apabila menerima emel permohonan kerja anda nanti.

MAKLUMAT PENTING WAJIB DALAM EMEL PERMOHONAN MYSTEP

Mohon dengan menggunakan ayat yang padat dan ke tujuan utama sahaja. Tidak perlu meleret dan terus buat permohonan jawatan. Maklumat yang diperlukan ialah:

  • Pembuka kata / Salam
  • Nama panggilan contohnya Tuan / Puan (pilih salah satu)
  • Tajuk permohonan / Tujuan permohonan
  • Nama penuh anda
  • Maklumat akademik secara ringkas
  • Maklumat pekerjaan sekarang jika ada
  • Lampiran seperti resume dan sijil berkaitan
  • Nombor telefon atau emel untuk dihubungi
  • Penutup
  • Nama anda
  • Rujuk keperluan majikan seperti yang diiklankan
Nota: Pastikan semua maklumat ini dimasukkan mengikut tertib seperti mana anda menghantar cover letter secara manual kepada bakal majikan anda. 

CONTOH EMEL MOHON JAWATAN MYSTEP

Contoh Emel 1:

Contoh Emel 2:

 

Contoh Emel 3:

LAMPIRAN RESUME & SIJIL

Jangan lupa untuk lampirkan bersama resume dan sijil yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon seperti yang diiklankan. Oleh itu:

  • Save resume anda dalam bentuk PDF agar lebih kemas dan senang dibuka.
  • Sijil yang di scan juga di save dalam bentuk PDF.
  • Save resume anda dengan nama yang ringkas serta profesional seperti contoh berikut: RESUME MOHD ADAM atau SIJIL AKADEMIK MOHD ADAM.

UPDATE JAWATAN KOSONG MYSTEP TERKINI

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

close-image