Info Kerjaya Malaysia

Bagaimana Minta Cuti Dari Majikan Untuk Ke Tempat Interview Baru?

5,943

Pergi Interview Pada Hari Bekerja

Walaupun anda sudah bekerja, sudah pasti anda memohon untuk mendapatkan pekerjaan lain yang mempunyai kelebihan seperti bayaran gaji yang tinggi serta ia merupakan pekerjaan idaman anda. Ada juga yang memohon pekerjaan lain untuk meningkatkan mutu kerjaya serta ingin memperluaskan pengalaman kerjaya.

Apa sahaja alasan anda memohon pekerjaan yang lain, itu adalah pilihan yang terbaik buat anda.

Namun, bagaimanakah untuk menyatakan kepada majikan anda bahawa anda ingin pergi temuduga ditempat yang lain? Perlukah anda berterus terang atau anda berikan alasan lain yang tidak menimbulkan syak wasangka majikan kepada anda?

Melalui perkongsian ini, anda akan diberikan beberapa contoh yang sesuai untuk anda pergi temuduga tanpa mengganggu tugasan harian anda.

Bagaimana Minta Cuti Dari Majikan Untuk Ke Tempat Interview Baru?

Jadual Kerja Fleksibel

Jika anda mempunyai jadual kerja yang fleksibel, ia agak mudah bagi anda untuk mengatur jadual temuduga anda. Namun anda harus ingat, temuduga yang diaturkan mungkin mengambil masa yang agak lama dan membuatkan anda masuk lewat ke pejabat.

Jadi, anda boleh memohon untuk masuk kerja separuh hari dengan memberikan beberapa alasan yang  kukuh seminggu sebelum anda membuat permohonan kerja separuh hari.

Mengambil Cuti 1 Hari

Anda juga boleh mengambil cuti satu hari untuk hadir temuduga. Jadi, anda tidak perlu memberikan alasan untuk pergi temuduga kepada bakal majikan anda. Pastikan anda membuat permohonan untuk bercuti seminggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Anda boleh dapatkan contoh surat mohon cuti di: Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Beserta Contoh Alasan Yang Relevan

Contoh Alasan

Berikut adalah beberapa contoh alasan yang sesuai digunakan sekiranya anda perlu menghadiri temuduga ketika waktu bekerja :

  • Saya ambil cuti selama 1 hari untuk percutian.
  • Saya masuk lewat selama 3 jam untuk uruskan persekolahan anak.
  • Saya perlu mengambil rakan di lapangan terbang.
  • Saya ada perkara kecemasan yang perlu diselesaikan segera.
  • Saya ada temujanji perubatan di klinik gigi.
  • Saya perlu pergi ke bank untuk menandatangani perjanjian.
  • Saya perlu bercuti untuk selesaikan beberapa masalah peribadi.

Anda mungkin perlu mengemukakan alasan yang berlainan sekiranya anda tahu akan terlambat atau ingin balik kerja lebih awal.

Perlukah Berlaku Jujur?

Berlaku jujur ketika memberikan alasan ketika waktu bekerja mungkin menyebabkan alasan anda tidak dapat diterima dan mungkin anda tidak dibenarkan untuk bercuti.

Anda tidak perlu memberikan alasan yang terperinci kerana apabila terlalu banyak alasan, majikan akan menganggap anda berbohong kepadanya.

Alasan Yang Perlu Dihindari

Terdapat beberapa alasan yang perlu anda hindari seperti :

  • Tayar kenderaan anda pancit. Ini kerana ia adalah alasan biasa yang selalu diterima oleh majikan sekiranya pekerja tidak mahu masuk bekerja sedangkan urusan menukar tayar tidak mengambil masa yang lama.
  • Laluan rumah ditutup oleh polis. Alasan ini sukar untuk diterima oleh majikan kerana zaman kini segala maklumat yang berkaitan dengan laluan serta lalu lintas akan diwar-warkan melalui media sosial dua atau tiga hari lebih awal.

Hantar Surat Permohonan Atau Emel

Anda perlu mohon terlebih dahulu kepada majikan anda sebelum anda bercuti. Pastikan anda menghantar surat atau emel secara formal dan profesional sebelum anda bercuti.

Ringkas Dan Profesional

Pastikan surat permohonan anda ringkas dan berbentuk formal untuk dihantar kepada majikan anda. Anda juga boleh memasukkan nama rakan setugas yang akan mengambil alih tugasan anda ketika anda bercuti untuk pergi temuduga.

Nyatakan Tarikh, Masa, Hari

Anda perlu menyatakan tarikh,masa dan hari ketiadaan anda serta anda perlu menyatakan tarikh, masa dan hari anda hadir semula bertugas. Ia adalah satu jaminan bahawa anda akan kembali bertugas setelah semua urusan anda selesai pada hari tersebut.

Hantar Seminggu Awal

Anda perlu menghantar surat permohonan cuti atau emel seminggu lebih awal untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti permohonan cuti anda ditolak oleh majikan. Sekurangnya anda boleh membuat persediaan dan memohon semula cuti dengan majikan anda.

Bagaimana Minta Cuti Dari Majikan Untuk Ke Tempat Interview Baru?

Jalan yang terbaik untuk anda hadir temuduga dengan selesa dan tenang, seeloknya anda mengambil cuti separuh hari atau satu hari dan lalui sesi temuduga dengan tenang. Sekiranya anda mendapat pekerjaan tersebut, pastikan anda memberikan notis berhenti kerja di tempat lama dengan profesional serta mengikut terma dan syarat kontrak syarikat.

close-image