Miliki Kereta Mengikut Kategori B40, M40 Dan T20. Semak Disini

2,266

Miliki Kereta Mengikut Kategori B40, M40 Dan T20. Semak Disini

Apakah kereta yang sesuai mengikut gaji anda serta kategori B40, M40 dan T20? Anda boleh membeli kereta impian anda dengan membuat tabungan dan menyimpan sehingga boleh memiliki kereta impian anda.

Namun, anda perlu berfikir dengan semasak masaknya sebelum membuat pilihan dan membeli kereta kerana anda perlu melihat kemampuan anda untuk membayar ansuran bulan kenderaan anda.

Sebelum anda membeli kenderaan atau kereta idaman anda, apa kata kta lihat terlebih dahulu info berkenaan jenis kereta yang boleh anda miliki mengikut kategori B40, M40 dan T20.

Golongan B40

Seperti yang sedia maklum, pendapatan isi rumah bagi golongan B40 adalah berjumlah RM3,000 dan kereta yang sesuai untuk golongan ini adalah jenis :

  • Jimat minyak
  • Mudah diselenggara

Harga untuk kereta baru bagi golongan ini ialah berharga dalam RM36,000 ke bawah sahaja

Jenis kereta yang sesuai adalah :

  • Axia
  • Saga
  • Bezza
  • Alza terpakai (bawah usia 5 tahun yang masih baik)

Golongan M40

Untuk golongan M40 pula, pendapatan isi rumah bagi golongan ini adalah RM6275 dan kereta yang sesuai untuk golongan ini pula :

  • Jimat minyak
  • Mudah diselenggara
  • Selesa

Sekiranya golongan M40 ini ingin membeli kereta baru, mestilah harganya bernilai RM75,300 ke bawah sahaja.

Jenis kereta yang sesuai dibeli oleh golongan M40 ialah :

  • Exora
  • Almera
  • Aruz
  • Alza
  • Avanza
  • Vios
  • City
  • Jazz

Miliki Kereta Mengikut Kategori B40, M40 Dan T20. Semak Disini

Golongan T20

Golongan yang terakhir ialah T20 dimana pendapatan isi rumah ialah sebanyak RM13,148 dan kereta yang mampu mereka miliki ialah :

  • Selamat
  • Berprestasi tinggi
  • Mewah
  • Selesa

Kereta baru yang sesuai untuk golongan ini miliki adalah bernilai RM157,776 ke bawah sahaja.

Jenis kenderaan yang sesuai dimiliki oleh golongan ini ialah :

  • Proton X70
  • Camry
  • Civic
  • Santa fe
  • CRV
  • HR-V
  • Accord
  • Stream
  • VW Golf

Malahan golongan ini boleh memiliki kenderaan selain yang disenaraikan di atas kerana mereka mampu memiliki apa jua jenis kenderaan dan jika mereka ingin menjimatkan wang, mereka boleh sahaja membeli kenderaan yang sesuai dengan golongan B40 dan M40.

Miliki Kereta Mengikut Kategori B40, M40 Dan T20. Semak Disini

Jadi anda daripada golongan yang bagaimana? Tepuk dada dan tanyalah semak gaji anda ya. Jangan sampai biar papa asal bergaya.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image