Info Kerjaya Malaysia

Mengapa Majikan Ingin Melihat “Reference List” Dalam Resume Anda

3,353

Meskipun resume hanya merupakan kepingan kertas biasa yang dilihat sebagai tiada nilainya namun, percayalah bahawa resume lah yang menjadi penentu sama ada anda layak untuk menjawat sesuatu jawatan itu atau tidak. Hebat bukan?

Dalam resume, anda wajib sertakan satu maklumat iaitu reference list. Reference list dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai senarai rujukan. Reference list selalu akan dilihat oleh majikan semasa temuduga. Persoalannya adalah mengapa penemuduga sangat mementingkan reference list ini?

Dalam artikel ini akan dikongsikan sebab-sebab mengapa majikan ingin melihat reference list dalam resume anda. Berikut merupakan sebab-sebabnya.

UNTUK “JUDGE” SKIL ANDA

Majikan sangat ingin melihat reference list anda untuk mendapatkan kepastian dalam beberapa perkara. Hal ini kerana terdapat segelintir calon temuduga yang meletakkan maklumat palsu dalam resume mereka dengan bertujuan untuk menipu penemuduga.

Jadi, dengan adanya reference list, majikan boleh terus menelefon reference untuk memastikan sama ada calon temuduga tersebut mempunyai pencapaian seperti yang ditulisnya dalam resume.

Selain itu, majikan turut menggunakan cara lain untuk bertanya kepada reference iaitu dengan kaedah checklist untuk mengetahui ranking setiap skil, bermula daripada skil yang paling bagus sehingga skil yang paling lemah dan berikan penjelasan. Jadi, reference anda perlulah diletakkan secara terperinci.

MAJIKAN INGIN MENDAPATKAN KEBENARAN TENTANG APA YANG ANDA CAKAPKAN

Untuk makluman, majikan akan menghubungi reference bukan sahaja untuk mengetahui tentang kebaikan calon temuduga itu tetapi juga untuk mengkaji sama ada benar ataupun tidak apa yang anda katakan semasa temuduga dan apa yang anda tulis dalam resume.

Jadi, jika reference memberi feedback yang baik tentang anda, bermaksud anda selamat. Malang sekali sekiranya reference memberi feedback sebaliknya. Sudah pastilah majikan akan melabel anda sebagai seorang yang tidak jujur kerana telah menipunya.

MAJIKAN INGIN MENGETAHUI SIKAP SEBENAR ANDA DI PEJABAT

Majikan juga sebenarnya ingin mengetahui sikap sebenar anda di pejabat semasa di tempat kerja lama anda. Jadi, majikan akan menghubungi reference dan bertanya bagaimana sikap anda di pejabat sama ada panas baran, tidak mementingkan kerja atau sebagainya.

Untuk pengetahuan anda juga, apabila majikan menelefon reference anda, itu bukanlah petanda buruk tetapi sebenarnya menandakan bahawa anda hampir diterima bekerja di tempat itu. Namun, majikan hanya memerlukan kepastian. Oleh sebab itulah majikan menelefon reference anda.

Jadi, anda dinasihatkan untuk tidak menyenaraikan reference sesuka hati. Pastikan reference anda itu merupakan seorang yang anda kenal dan mampu untuk memberi feedback yang baik bagi pihak anda.

Baca juga: 5 Kesilapan Resume Yang Selalu Graduan Lakukan

Selain itu, pastikan anda jujur ketika ditemuduga. Jangan sesekali menipu kerana hal ini bakal mengundang bahaya buat diri anda sendiri juga. Kami mengucapkan selamat berjaya dalam temuduga anda.


close-image