Jawapan Terbaik, Tepat Dan Ringkas Untuk Soalan Temuduga, “Mengapa Anda Dipecat?”
Mengapa Anda Dipecat?
Apakah cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini sekiranya anda ditanya oleh penemuduga?Walaupun soalan ini jarang ditanya tetapi kemungkinan besar penemuduga akan bertanyakan soalan ini kepada anda untuk melihat bagaimana anda menjadi seorang yang kreatif ketika menghadapi masalah.
Cara Menjawab Soalan “Mengapa Anda Dipecat?”
Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini adalah :
- Berikan jawapan yang ringkas dan tepat. Nyatakan alasan yang positif kepada penemuduga anda.
- Cuba alihkan perbualan anda dan penemuduga dengan topik yang lain.
- Bersikap jujur ketika menyatakan alasan.
Tips Menjawab Dengan Baik
Bersedia Dengan Jawapan
Bincangkan topik ini dengan selesa dan yakin dengan penemuduga anda. Berlatih dan bersedia dengan soalan dan jawapan walaupun anda tidak mengetahui sama ada penemuduga akan bertanya atau tidak soalan ini kepada anda. Mungkin melalui jawapan anda, majikan beranggapan syarikat dahulu telah membuat kesilapan kerana melepaskan pekerja mereka yang terbaik.
Jujur Dan Ringkas
Jujur ketika memberikan jawapan ketika disoal dengan soalan ini. Tetapi pastikan jawapan yang anda berikan ringkas dan jangan memberikan terlalu banyak maklumat. Tukar kepada topik yang lain dengan membincangkan bagaimana kemahiran yang ada untuk menyelesaikan masalah syarikat.
Tekankan Nilai Positif Anda
Ketika menjawab soalan ini, anda boleh menekankan kepada kemahiran dan kebolehan anda dan kaitkan dengan kelayakan anda. Kaitkan dengan pekerjaan yang anda pohon. Tunjukkan bahawa anda sesuai dengan pekerjaan tersebut.
Ini bukan masanya untuk anda melepaskan rasa marah anda kepada rakan sekerja atau bekas majikan anda. Elakkan daripada bercerita perkara negatif yang telah berlaku semasa anda bekerja di tempat lama dahulu.
Elakkan Kata ‘Dipecat’
Gunakan istilah yang menunjukkan perkara positif ketika anda menjawab soalan ini. Anda boleh menukar perkataan daripada ‘dipecat’ kepada seperti ‘lepaskan’, ‘tukar’ atau perkataan lain yang sesuai.
Walaupun agak rumit untuk menjawab soalan ini, anda boleh jadikannya mudah dengan membuat persediaan jawapan yang sesuai dan positif. Pastikan anda ikut tips yang diberikan dan jawab dengan penuh keyakinan.
Untuk soalan-soalan temuduga mencabar yang seterusnya, anda boleh dapatkan beberapa contoh serta jawapan seperti yang dikongsikan disini.
Jangan lupa, buat latihan dan sentiasa bersedia dengan jawapan yang mampu menarik minat penemuduga untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda.