Majikan Ini Dedahkan 6 Perkara Sengaja Dilakukan Untuk Uji Calon Temuduga

5,767

Perkara Sengaja Ini Dilakukan Untuk Uji Calon Temuduga

Terdapat beberapa perkara yang sengaja dilakukan oleh penemuduga untuk menguji calon temuduga dari segi mental dan emosi. Ini merupakan satu helah yang sangat ringkas dan calon tidak menyedarinya malahan gagal dalam sesi temuduga terutamanya dalam ujian psikologi.

6 Perkara Sengaja Dilakukan Untuk Uji Calon Temuduga

Antara helah yang sengaja dilakukan oleh penemuduga untuk menguji psikologi calon adalah seperti : 1. Sengaja Biarkan Anda Menunggu Dengan Lama Giliran temuduga anda bermula pada jam 9 pagi dan anda datang awal 30 minit sebelum. Kemudian anda didatangi oleh urusetia dan meminta anda menunggu lagi selama 10 hingga 15 minit dengan alasan penemuduga masih lagi sibuk. Melalui helah ini, penemuduga dapat melihat sama ada emsoi calon stabil atau tidak ketika melalui ujian ini. Jadi, jika anda mengalami situasi ini, jangan gelabah atau rasa tertekan. Duduk dengan tenang dan jika bawa telefon, boleh jenguk portal rasmi syarikat untuk persediaan seterusnya. 2. Ditengking Secara Tiba-Tiba Tiba-tiba penemuduga meninggikan suara dan menghalau anda keluar dari bilik temuduga sedangkan anda tidak membuat apa-apa perkara yang tidak diingini. Bertenang. Jangan lawan penemuduga tersebut. Itu hanyalah satu ujian untuk lihat adakah anda seorang calon yang jenis panas baran atau melawan majikan. Majikan Ini Dedahkan 6 Perkara Sengaja Dilakukan Untuk Uji Calon Temuduga 3. Jom minum kopi Ada majikan yang akan mengajak anda untuk minum kopi bersama ketika anda berada dalam bilik temuduga. Majikan akan menilai anda dari segi pergaulan terutamanya cara anda bekerja bersama kumpulan kerja anda. Majikan akan menilai dari permulaan iaitu mengambil cawan, cara meletakkan kopi, ketika minum dan terakhir sama ada anda tinggalkan cawan kopi atau mencucinya. Majikan Ini Dedahkan 6 Perkara Sengaja Dilakukan Untuk Uji Calon Temuduga 4. Penemuduga Tiba-Tiba Tinggalkan Anda Tiba-tiba penemuduga senyap dan bangun meninggalkan anda tanpa memberitahu apa yang akan berlaku dan sebagainya. Kemudian penemuduga masuk semula dan teruskan sesi temuduga seperti biasa. Tujuan helah ini adalah untuk lihat tahap fokus dan cara calon menyelesaikan masalah yang berlaku. Jadi, anda boleh bertanyakan soalan mengenai perkara yang berlaku, cadangkan cara untuk diselesaikan. Anda boleh minta untuk jadualkan semula temuduga pada hari yang lain sekiranya penemuduga mempunyai masalah untuk diselesaikan pada hari tersebut. 5. Anda Diperkenalkan Kepada Staf Penemuduga akan mengajak anda untuk keluar daripada bilik temuduga dan memperkenalkan anda kepada staf yang lain. Malahan kemungkinan penemuduga akan membiarkan anda untuk berkomunikasi dengan staf yang ada di pejabat. Ini adalah salah satu cara penemuduga melihat bagaimana anda berkomunikasi dengan rakan setugas serta keyakinan dalam melakukan sesuatu tugasan dan bekerja dalam kumpulan. Malahan staf yang lain juga dapat membuat penilaian terhadap calon selepas tamatnya sesi temuduga. 6. Sengaja Menjatuhkan Pen / Kertas Penemuduga secara tiba-tiba menjatuhkan pen atau kertas dengan sengaja untuk melihat tindakan dan sikap seseorang calon. Sikap yang dikeluarkan oleh calon sama ada akan mengutip atau membiarkan pen/kertas di atas lantai terus dapat dinilai oleh penemuduga. Calon yang bersedia untuk ambil dan kembalikan pen/kertas adalah calon yang rajin, bertanggungjawab dan mempunyai sikap suka menolong orang lain. Tahniah, anda adalah calon yang dicari oleh majikan. Jika sebaliknya, anda boleh cuba lagi hadir temuduga dan perbaiki kelemahan anda. Majikan Ini Dedahkan 6 Perkara Sengaja Dilakukan Untuk Uji Calon Temuduga Jadi, anda perlu bersedia dan sentiasa bertenang sekiranya di uji dengan salah satu helah ini.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA LENGKAP

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan dan Swasta di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image