Mahu Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak? Ini Cara Daftar Akaun TH Anak Anda

Buka Akaun Tabung Haji Anak

Membuka akaun Tabung Haji untuk anak merupakan satu pelaburan yang terbaik dan ianya menggalakkan ibu bapa untuk membuat tabungan untuk masa hadapan anak-anak.

Tidak tahu cara untuk membuka akaun Tabung Haji untuk anak anda? Rujuk sahaja perkongsian ini untuk dapatkan cara membuka akaun Tabung Haji yang betul.

Buka Akaun Di Cawangan Tabung Haji

Anda boleh membuka akaun kanak-kanak TH di semua cawangan TH seluruh negara, kaunter Bank Islam, Bank Rakyat, Mobile Kaunter dan TH Komuniti.

Mahu Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak? Ini Cara Daftar Akaun

Syarat Permohonan Pembukaan Akaun Kenak-Kanak TH

Untuk membuka akaun kanak-kanak TH, kriteria yang diperlukan ialah :

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga adalah pendeposit TH dan warganegara Malaysia.
  • Penjaga perlu membawa sijil lahir dan MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/ bapa tiri).

Syarat Menjadi Pendeposit Tabung Haji

Syarat – syarat untuk menjadi pendeposit TH adalah seperti berikut :

  1. Individu yang beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.

Dokumen Sokongan

Antara dokumen yang diperlukan semasa membuka akaun TH ialah :

  • Sila bawa myKad untuk membuka akaun TH.
  • Pembukaan akaun kanak-kanak perlu disertakan dengan MyKid dan Sijil Kelahiran untuk tujuan pengesahan.

Kelebihan Menyimpan di TH

Like dan Ikut Facebook Kami dan follow Telegram Portal SPA9 untuk capaian pantas kekosongan daripada kami sekarang.

Antara kelebihan menyimpan wang anak-anak di Tabung Haji ialah :

  • Simpanan di TH adalah dijamin 100% oleh kerajaan
  • Simpanan di TH adalah dikecualikan daripada bayaran cukai
  • Simpanan di TH telah dibayar zakat 2.5%
  • Tiada had Simpanan di TH
  • Simpanan di TH adalah berlandaskan syariah Islam

Mahu Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak? Ini Cara Daftar Akaun

Penukaran Status Akaun Anak

  • Penjaga adalah dinasihatkan untuk menukarkan status akaun anak di bawah jagaan yang telah berumur 18 tahun ke atas daripada akaun kanak-kanak ke akaun dewasa.
  • Penukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH dengan permohonan daripada penjaga akaun kanak-kanak tersebut.
  • Selagi akaun itu masih lagi berstatus akaun kanak-kanak, penjaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut walaupun umur kanak-kanak tersebut melebihi 18 tahun.
You might also like
close-image