Liputan Tidak Memuaskan, Jom Dapatkan Rebat Daripada Syarikat Telco Anda Sekarang!

1,302

Dapatkan Rebat Daripada Syarikat Telco Jika Liputan Tidak Memuaskan

Biar betul boleh dapatkan rebat daripada syarikat telco jika liputan tidak memuaskan? Ya, memang betul. Jika anda mengalami masalah liputan yang tidak memuaskan, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Cara Untuk Dapatkan Rebat

Untuk dapatkan rebat daripada syarikat telco anda, anda boleh ikuti cara-cara berikut :

1. Buat aduan ke SKMM di Aduan SKMM

Liputan Tidak Memuaskan, Jom Dapatkan Rebat Daripada Celcom Sekarang! 2. Klik ADUAN BARU pada kotak hijau.

Liputan Tidak Memuaskan, Jom Dapatkan Rebat Daripada Celcom Sekarang!

3. Isikan maklumat anda seperti di bawah.

Liputan Tidak Memuaskan, Jom Dapatkan Rebat Daripada Syarikat Telco Anda Sekarang!

4. Klik butang HANTAR pada kotak berwarna biru.

5. Kemudian, aduan anda akan terus dipanjangkan kepada telco yang telah ada nyatakan.

6. Anda akan dihubungi oleh pegawai daripada telco tersebut untuk pengesahan.

7. Nyatakan dengan jelas mengenai gangguan liputan yang anda alami. Serta nyatakan bahawa anda mahukan pampasan dalam bentuk rebat.

8. Aduan anda akan diproses dan anda akan menerima email keputusan siasatan dan makluman pampasan selepas siasatan aduan anda selesai .

Contoh Aduan

Liputan Tidak Memuaskan, Jom Dapatkan Rebat Daripada Syarikat Telco Anda Sekarang!   

Jadi, gunakan hak anda sebagai pengguna dengan sewajarnya. Sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak sepadan dan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar, gunakan cara dan saluran yang betul untuk membuat aduan anda.

Diharap perkongsian ini membantu anda untuk mendapatkan hak anda sebagai pengguna. Semoga berjaya.

Sumber :

  • Facebook : Nazmi ‘kord’ Izuddin
  • SKMM
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image