Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS di Buka

3,982

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa individu warganegara Malaysia yang
berkelayakan membuat permohonan bagi mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak­kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS pengambilan Tahun 2019.

Calon­-calon yang berjaya dalam Kursus Pendidikan Awal Kanak­kanak akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai jawatan yang telah ditetapkan (Guru Tadika / Taska KEMAS).

Tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak­Kanak Kemas tahun 2019 di buka kepada individu warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 35 tahun serta memenuhi syarat kelayakan permohanan ditetapkan.

Berikut disertakan maklumat bagi permohonan mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal
Kanak­-kanak, KEMAS tahun 2019.

PERMOHONAN ONLINE KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TABIKA/TASKA KEMAS 2019

Permohonan Online Guru Tabika KEMAS merupakan permohonan jawatan Pemaju Masyarakat atau Guru yang boleh dilakukan secara terus melalui laman Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Jawatan ini dibuka permohonan untuk seluruh warganegara Malaysia yang layak dan sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menawarkan jawatan Guru Tabika KEMAS buat semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda berminat, bolehlah anda mohon jawatan ini secara online melalui pautan yang disediakan di bawah. Di dalam artikel ini, anda akan diberi panduan secara teliti tentang cara-cara mengemukakan permohonan Guru Tabika KEMAS.

Permohonan Guru Tabika Kemas

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN GURU TABIKA KEMAS

Sebelum anda mengemukakan permohonan, pastikan anda memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KEMAS. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohona Guru Tabika KEMAS 2019 terbuka kepada calon lelaki atau perempuan. Yang telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip. Nilai CGPA 2.70 ke atas dan idak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN GURU TABIKA KEMAS

Berikut merupakan cara-cara untuk anda mengemukakan permohonan jawatan guru tabika KEMAS 2019:

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman http://ejawatan.totalconfigure.com/ ~ pautan disediakan di akhir artikel ini.
  • Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan
    akan ditolak;
  • Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di
    http://ejawatan.totalconfigure.com/ sahaja yang akan diterima.

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019 Secara Online di Buka

PROSES TAPISAN PERMOHONAN

  • Pemohon yang terpilih sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon yang telah menjalani temuduga juga akan dihubungi jika berjaya.
  • Pemohon yang berjaya akan menjalani Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK)

SEMAKAN KEPUTUSAN DAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN GURU TABIKA KEMAS

Untuk menyemak keputusan permohonan anda dan untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web rasmi KEMAS dari masa kesemasa.Semakan Permohonan Guru Tabika KEMAS

PERMOHONAN ONLINE GURU TABIKA KEMAS 2019

Untuk pengetahuan anda, permohonan online Guru Tabika KEMAS boleh dibuat melalui pautan di bawah.

IKLAN PENUH JAWATAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image