Info Kerjaya Malaysia

Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM

6,189

Jawatan Kosong Terkini Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM.

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerjaya Jawatan Kosong Terkini hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.

Calon berkelayakan (Anggota PRRM) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan: Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Lokasi Kekosongan: Terbuka Seluruh Negara
  • Tarikh Tutup Permohonan: Terbuka 2017

Maklumat Jawatan Kosong:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia (Anggota PDRM) yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah. Lihat juga iklan pengambilan PDRM 2017.


Keperluan & Kelayakan Memohon:

a. Pegawai berpangkat Inspektor umur tidak lebih 35 tahun.
Anggota Pangkat Rendah (APR) tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Bersih dari tindakan tatatertib @ tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
c. Tinggi tidak kurang 165 cm
d. Pendengaran & penglihatan baik (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap)
e. Boleh berenang & mengapung badan didalam air.
f. Diakui memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit kronik seperti buasir, batu karang, tekanan darah tinggi, jantung, asma dan lain- lain serta kecederaan akibat kemalangan.
g. Kebolehan bertutur/menulis dalam bahasa Inggeris adalah diutamakan tetapi tidak menjadi syarat utama kelayakan memohon.
h. Semua peserta dikehendaki lulus ujian tenaga & proses temuduga semasa sesi pra pemilihan bagi melayakkan diri ke Ujian Penilaian & Pemilihan Awal (Selection) dan seterusnya mengikuti Kursus Asas Komando.


Kelebihan:

Setiap individu yang berjaya diserapkan ke Unit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas layak menikmati kemudahan & elaun seperti berikut :
a. Elaun 69 Komando sebanyak RM600 – RM900 sebulan
b. Elaun Insentif PGA RM400 sebulan
c. Elaun Penyelam RM100 sebulan
d. Berpeluang untuk menghadiri kursus / tugas luar Negara


Bagaimana Memohon:

Semua permohonan hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Cawangan/Formasi masing-masing dan dihantar ke alamat :

KOMANDER 69 KOMANDO PASUKAN GERAKAN KHAS,
31150 ULU KINTA PERAK
(UP : ASP Latihan Peperangan Khas)

*Borang permohonan & tawaran akan dikeluarkan melalui Perintah Pasukan Khas melalui E Siar mulai 2017.

4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Cawangan Latihan Peperangan Khas 69 Komando ditalian 05-5406767.

close-image