Info Kerjaya Malaysia

Kerja Sebagai Gamers, Raih Pendapatan RM18k Sebulan. Lumayan!

5,481

Main Game Buang Masa?

Buang masa betul main game! Asyik-asyik main game! Tapi tahukah anda sekiranya anda bermain game dengan cara yang profesional dan mendapat view yang banyak, anda boleh menjana pendapatan yang tinggi dengan hanya bermain game sahaja.

Kebanyakan gamers di Malaysia bermain game secara live dan mereka juga merupakan seorang gaming video creator di Facebook.

Untuk pengetahuan anda juga, negara Malaysia berada di tempat ke 21 dalam carta antara negara yang mempunyai pendapatan esports atau bermain game paling tertinggi sebanyak USD5.8 juta daripada 424 pemain game profesional.

Jana Pendapatan

Jika anda gemar bermain game, apa kata selepas ini anda bermain dengan menggunakan cara yang betul dan jana pendapatan anda sendiri dan tidak lagi dianggap sebagai membuang masa.

Anda boleh menjadi gaming video creator, live streamer, shoutcaster, podcast dan juga membangunkan platform untuk hubungkan gamers seluruh Malaysia seterusnya menjana pendapatan.

Kerja Sebagai Gamers Dan Raih Pendapatan RM18k Sebulan. Lumayan!

Senarai Gamers Malaysia

  • Lee “kYxY” Kong Yang : Pendapatan RM515,384
  • Lim “Net” Wai Pern : Pendapatan RM623,374
  • Kam “Moon” Boon Seng : Pendapatan RM827,935
  • Yap “xNova” Jian Wei : Pendapatan RM1,195,358
  • Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein : Pendapatan RM1,486,246
  • Chong “Ohaiyo” Xin Khoo : Pendapatan RM2,367,262
  • Tue “Ah-fu” Soon Chuan : Pendapatan RM2,404,748
  • Wong “ChuaN” Hock Chuan : Pendapatan RM3,017,875
  • Zheng “MidOne” Yeik Nai : Pendapatan RM3,199,542
  • Chai “Mushi” Yee Fung : Pendapatan  RM3,819,744

Terdapat juga beberapa orang gamers wanita yang meraih pendapatan yang lumayan dengan menjadi gamers dan mereka ialah :

  • Ramona Azween binti Zaharuddin
  • Ashley, Boay Mei Ying
  • Aubrey Sarah Yong atau ThatBreyDude
  • Summer Liew
  • Lylia Tan atau Michelle Tan

Terkini gamers wanita yang terkenal dengan pendapatan bulan pertama sebagai gaming video creator sebanyak RM18,000 ialah Lynda Embran.

Kelayakan Menjadi Gamers

Mudah sahaja untuk menjadi gamers. Kalau anda tidak mempunyai sebarang skills bermain game, anda tidak perlu risau. Anda hanya teruskan bermain game dan gunakan kebolehan sebagai seorang penghibur seterusnya menghiburkan viewer anda sambil bermain game.

Kerja Sebagai Gamers Dan Raih Pendapatan RM18k Sebulan. Lumayan!

Tips Buat Duit Dengan Game

Anda boleh menjadi seorang pro player dan sekaligus menjana pendapatan melalui tips yang dikongsikan ini iaitu :

1. Menjadi Pengurus Pasukan

Boleh main game sikit-sikit atau kurang mahir bermain game tetapi sangat berminat untuk menceburi dunia game, inilah peluang baik untuk anda. Anda boleh menjadi pengurus pasukan game anda.

Jawatan ini mempunyai permintaan yang tinggi dan anda boleh menguruskan gamers yang bermula di peringkat permulaan untuk mencipta portfolio untuk mendapatkan pengalaman.

2. Menjadi Youtuber Gaming / Podcast 

Jemput gamer dan bincangkan perkara baru mengenai sesuatu game dan anda boleh bertindak sebagai Host Podcast Gaming. Selain daripada itu, anda boleh hasilkan konten berkaitan game seperti tutorial dan panduan untuk bermain game di Youtube bagi gamers yang baru berjinak dalam dunia game.

3. Pengulas / ShoutCaster

Kalau di televisyen atau radio ada pengulas sukan, game juga ada pengulasnya yang disebut sebagai ShoutCaster. Tugas anda adalah mengulas keseluruhan game dan juga menganalisis gameplay. Yang penting, anda pandai membuat analisis, membuat alasan, pandai berkomunikasi dan seterusnya mampu menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan.

4. Menjadi Streamer

Inilah pilihan gamers yang paling mudah untuk menjana pendapatan dan boleh menarik ramai peminat untuk menonton permainan game mereka. Makin ramai penonton, lebih banyak peluang untuk anda menjana pendapatan.

Antara platform yang menjadi kegemaran streamer ialah Twitch, Youtube dan Facebook.

5. Journalist / Blogger

Pandai bermain game dan pandai menulis blog, sudah pasti anda boleh menghasilkan gaya penulisan berbentuk game di dalam blog anda. Anda juga boleh berikan tutorial dan panduan bermain game di dalam blog serta menjana pendapatan melalui iklan dan langganan.

Kerja Sebagai Gamers Dan Raih Pendapatan RM18k Sebulan. Lumayan!

Persediaan

Sebelum menjadi seorang streaming gamers, anda perlu menyediakan beberapa perkara seperti berikut :

1. Mempunyai PC/OBS dan Kamera

Pastikan anda mempunyai PC yang canggih, berkuasa tinggi serta tahu mengendalikan perisian Open Broadcasting System atau OBS untuk stream. Jangan lupa, dapatkan kamera untuk stream ya.

2. Mikrofon

Jangan hentam kromo membeli mikrofon untuk kegunaan anda. Beli mikrofon yang berkualiti seperti condenser microphone dan tidak begitu digalakkan menggunakan mikrofon yang disediakan dalam headphone.

3. Guna 2 Monitor

Mengapa mesti 2 monitor? Monitor yang pertama adalah untuk bermain game manakala monitor yang kedua adalah untuk membaca komen. Penonton akan rasa dihargai sekiranya anda membaca komen mereka dan merasakan anda sedang berinteraksi bersama mereka.

4. Sasaran Audiens

Kebanyakan menggunakan Facebook untuk mendapatkan sasaran audien mereka selain Twitch, dan Youtube. Hal ini kerana kebanyakan syarikat telekomunikasi tempatan memberi pakej data secara percuma bagi platform Facebook.

5. Buat Jadual

Setelah anda berjaya menarik perhatian viewer, buat jadual untuk streaming game anda. Patuhi jadual yang anda tetapkan dan sentiasa ingatkan penonton mengenai stream anda.

Kerja Sebagai Gamers Dan Raih Pendapatan RM18k Sebulan. Lumayan!

Selepas ini pastinya tiada lagi yang akan berkata pada anda bahawa anda membuang masa dengan bermain game. Apalagi, jom buat duit dengan bermain game.

close-image