Info Kerjaya Malaysia

Iklan Jawatan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

JAWATAN KOSONG
PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP)
UNIT BAJET, BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR
Pemohon-pemohon adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:-
  • Gelaran Tugas : Perkhidmatan Personal MySTEP
  • Bil. Kekosongan: Satu (1)
  • Tempoh Lantikan: Januari sehingga Disember 2025
  • Kadar Upah (sebulan): RM1,900 – RM2,100
  • Tempat Kekosongan: Unit Bajet, Bahagian Pembangunan, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, PUTRAJAYA
Skop Fungsi Dan Bidang Tugas
a) Membantu Penolong Akauntan menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran kepada kontraktor/pembekal, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan; dan
b) Lain-lain tugas diarahkan oleh Penolong Akauntan dari masa ke semasa
SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1) Warganegara Malaysia sahaja;
2) Berumur sekurang-kurangnya 20 tahun ke atas pada tarikh iklan jawatan;
3) Memiliki kelayakan akademik Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Perakaunan atau setaraf dan berkaitan dengannya;
4) Memiliki kemahiran dalam penggunaan perisian Microsoft Office dan lain-lain perisian sokongan berkaitan;
5) Memiliki kemahiran berfikir secara analitik dan kreatif;
6) Berminat meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran diri;
7) Bertanggungjawab, memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin;
8) Berupaya bekerja dengan pengawasan minimal;
9) Berkebolehan bekerja di dalam sesuatu pasukan projek
10) Pernah mempunyai pengalaman bekerja di Kementerian / Jabatan Kerajaan sebagai MyStep/Protégé secara kontrak adalah satu kelebihan; dan
11) Tinggal di sekitar Cyberjaya / Putrajaya / Dengkil / Sepang / Seri Kembangan / Puchong (diberikan keutamaan).
CARA PERMOHONAN
1) Pemohon dikehendaki menghantar resume;
2) Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama satu SALINAN dokumen seperti dibawah:
a) Sijil Akademik dan lain-lain sijil kelayakan yang berkaitan; dan
b) Dokumen-dokumen lain yang menyokong permohonan anda;
3) Dokumen seperti (a) dan (b) di atas perlu dihantar melalui email kepada [email protected] dan [email protected] sebelum atau pada Isnin, 9 Disember 2024.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada Isnin, 9 Disember 2024.
Nota :
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa satu (1) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.
close-image