Juruteknik Komputer FT17 Majlis Peperiksaan Malaysia

0
98

Jawatan kosong terkini Juruteknik Komputer FT17 (Tetap/Kontrak) di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap/kontrak seperti berikut:

 

Jawatan:

  • Juruteknik Komputer (Tetap/Kontrak)

 

Syarat Lantikan:

  • Juruteknik Komputer Gred FT17

(i) SPM serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
(iii) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

 

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 11 Disember 2015