Jururawat Terlatih LPPKN
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini sebagai Jururawat Terlatih LPPKN dengan imbuhan dan gaji menarik.
Jawatan:
- Jururawat Terlatih LPPKN
 
Syarat Kelayakan
- Warga Malaysia;
 - Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 - Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
 - Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Pengamalan;
 - Mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) yang berkuatkuasa;
 - Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 - Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik
 - Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai
 - Bersih dari tindakan tatatertib/tindakan undang-undang
 - Sihat tubuh badan dan tidak mengidap sebarang penyakit kronik.
 
Tarikh Tutup Permohonan
30 Disember 2015