“Gunakan 3 Patah Perkataan Untuk Menggambarkan Diri Anda”. Jangan Gunakan Perkataan Ini Ketika Temuduga

7,400

“Gunakan 3 Patah Perkataan Untuk Menggambarkan Diri Anda”

Kadangkala penemuduga ingin menguji cara anda berkomunikasi serta menghuraikan kelebihan serta kemahiran bekerja yang ada pada anda dengan mengajukan soalan seperti “Gunakan 3 patah perkataan untuk menggambarkan diri anda”. Jadi, bagaimanakah caranya untuk menjawab soalan yang diajukan ini? Dan untuk pengetahuan anda, inilah masanya yang paling sesuai untuk anda menjual diri anda pada penemuduga. Tapi ingat, jangan berlebih-lebih pula ya. Nanti dianggap ‘masuk bakul angkat angkat sendiri’.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu jujur untuk menjawab soalan yang agak tricky seperti ini. Jangan berlebih-lebih sehinggakan perkara yang anda tidak pandai pun anda ceritakan seolah-olah andalah yang paling pakar di syarikat.

Terdapat juga beberapa soalan lain yang nampak senang untuk dijawab, tetapi agak tricky. Dapatkan contoh soalan tersebut dan cara untuk menjawabnya disini.

Jangan Gunakan Perkataan Ini

Dikongsikan disini 5 perkataan yang dilarang digunakan ketika anda menjawab soalan temuduga sekiranya anda menjawab soalan ini atau soalan seperti “Bagaimanakah rakan skerja anda menilai anda?”.

1. Intelligent / Bijak / Cerdas

Semua orang tahu anda seorang yang intelligent / bijak / cerdas ketika melakukan tugasan. Tetapi anda dilarang untuk menggunakan perkataan ini kerana penemuduga menganggap anda adalah seorang yang ‘syoq sendiri’ dan sekadar ingin mendapatkan perhatian mereka.

Walaupun anda sememangnya mempunyai kelebihan ini, anda boleh gambarkan diri anda dengan menggunakan perkataan sepert :

  • Logikal
  • Kuantitatif
  • Cepat belajar / fast learner
  • Kreatif
  • Berdikari.

Dengan menggantikan perkataan ini, penemuduga atau majikan sendiri dapat menganalisis bahawa anda adalah seorang yang memang bijak dan dapat melakukan tugasan yang diberikan dengan cepat mengikut tempoh yang diberikan.

"Gunakan 3 Patah Perkataan Untuk Menggambarkan Diri Anda". Jangan Gunakan Perkataan Ini Ketika Temuduga

2. Disenangi

“Oh, sesungguhnya saya sangat disenangi oleh semua orang di pejabat. Bayangkan kalau saya bercuti 2 hari, semua orang mencari saya”.

Jawapan ini menunjukkan seolah-olah anda seorang sahaja disukai di pejabat dan bagaikan staf lain tidak berguna pula. Perkataan apakah yang sesuai untuk menggambarkan bahawa anda sememangnya sangat disenangi oleh semua orang di pejabat?

Untuk menggambarkan diri anda dengan perkataan ini, anda boleh gantikan dengan perkataan seperti :

  • Team player
  • Outgoing
  • Bersemangat
  • Mengambil berat
  • Menyokong
  • Pemimpin

Anda boleh sahaja menjawab soalan ini seperti berikut, “Saya memimpin ahli kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sebelum tamatnya tempoh dan berjaya mengurangkan kos projek sebanyak 20% daripada perancangan asal”.

Sekurangnya penemuduga tahu bahawa anda tidak bercakap kosong dan mempunyai bukti ketika menggambarkan diri anda.

3. Obsesif

Anda mungkin ingin menyatakan bahawa anda adalah seorang pekerja yang sangat bersemangat. Tetapi hindari diri anda daripada menyatakan bahwa anda adalah seorang yang “obsesif”. Ini adalah kerana perkataan ini menggambarkan sudut yang negatif tentang diri anda.

Sebaliknya anda boleh spesifikkan atau gantikan dengan perkataan seperti :

  • Fokus dengan kerja / tugasan
  • Berdedikasi melakukan tugasan
  • Bekerja keras
  • Sentiasa bersemangat

Contohnya, ” Setiap tugasan yang diberikan akan disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya bersama ahli kumpulan sentiasa fokus dengan tugasan yang diberikan sehingga mencapai matlamat seperti yang dirancangkan. Malahan tugasan yang diberikan mencapai standard yang telah ditetapkan”.

4. Merendah diri

Perkataan ini menunjukkan anda seolah-olah tiada keyakinan diri walaupun anda ingin menyatakan bahawa sangat menghormati orang lain ketika bekerja. Jadi elakkan daripada menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan diri anda ketika menjawab soalan seperti ini.

Anda juga boleh menggunakan perkataan seperti :

  • Menghormati orang lain
  • Bekerjasama
  • Mendengar dan mengikut arahan
  • Fokus dengan tugasan
  • Membantu dan menolong orang lain

Kebanyakan majikan sukakan pekerja yang cergas dan cerdas ketika berkerja serta sentiasa merendah diri walaupun mencapai kejayaan demi kejayaan ketika bekerja. Jadi, anda boleh sahaja ceritakan bahawa anda seorang yang sangat menghormati keputusan majikan dan rakan sekerja serta sentiasa bertolak ansur untuk mencapai keputusan yang baik bagi setiap tugasan yang diberikan.

5. Cerewet

Anda mungkin seorang yang pentingkan kesempurnaan dalam melakukan tugasan. Tetapi jika anda gunakan perkataan ini ketika menggambarkan diri anda, majikan merasakan bahawa anda adalah seorang yang sangat hipokrit ketika melakukan tugasan.

Untuk menggambarkan diri anda sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan ketika melakukan tugasan, anda boleh gantikan dengan perkataan seperti berikut :

  • Fokus
  • Detailed-oriented
  • Menepati masa
  • Berkualiti (Sebutkan tentang kualiti masa dan tugasan)

"Gunakan 3 Patah Perkataan Untuk Menggambarkan Diri Anda". Jangan Gunakan Perkataan Ini Ketika Temuduga

Inginkan dapatkan ciri budaya kerja yang diinginkan oleh setiap majikan? Dapatkan disini contoh  budaya kerja tersebut serta dapatkan tips untuk perkenalkan diri ketika temuduga disini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image