Intipati Ucapan Perdana Menteri Sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2020

832

Sambutan Hari Peneroka Felda

Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2020 peringkat kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Kampus Tun Abdul Razak di Trolak, Sungkai.

Intipati Ucapan Perdana Menter Sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2020

Tema Sambutan Hari Peneroka Felda 2020

Tema sambutan kali ini ialah ‘Peneroka Perintis, Berani dan Suka Cabaran’. Diadakan mengikut SOP PKPP dengan kehadiran tetamu seramai 250 termasuk 110 peneroka dari 11 wilayah Felda.

Sambutan Hari Peneroka Felda 2020 Norma Baharu

Sambutan ini disiarkan secara langsung menerusi televisyen serta penstriman secara langsung di semua 11 wilayah Felda dengan tujuan amanat yang disampaikan dapat diikuti oleh setiap peneroka.

Sesi interaktif secara talian Skype bersama 4 pejabat wilayah Felda iaitu :

  • Terengganu
  • Segamat (Johor)
  • Jengka (Pahang)
  • Alor Setar (Kedah)

Sesi ini dihadiri maksimum 30 peneroka bergantung kepada keluasan kawasan supaya SOP PKPP dapat dipatuhi.

Intipati Ucapan Perdana Menter Sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2020

Intipati Ucapan Sambutan Hari Peneroka Felda 2020

  • Pasukan Khas menangani isu Felda ditubuhkan, kenal pasti kaedah terbaik jamin kelestarian kewangan Felda.
  • Felda akan bangkit semula dan mengorak langkah dengan lebih gagah pada masa hadapan.
  • Kebajikan pendidikan anak-anak peneroka terus dipelihara dengan dana RM45 juta dengan menaik taraf Asrama Semai Bakti Felda.
  • RM200 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan selanggara jalan pertanian kebun peneroka seluruh negara.

Aktiviti Sambutan Hari Peneroka Felda 2020

  • Penyerahan replika kunci projek perumahan generasi baharu Felda Laka Selatan, Changlun, Kedah dan pertukaran perjanjian persefahaman antara Felda dengan beberapa agensi.
  • Melancarkan Lembah Herba Wilayah Trolak dengan fasa pertama tanaman melibatkan lima tanah rancangan di zon Trolak iaitu Trolak Utara, Trolak Selatan, Trolak Timur, Sungai Klah dan Sungai Behrang melibatkan kawasan keseluruhan seluas 59.24 hektar.
  • Menyampaikan empat anugerah iaitu Pencapaian Peningkatan Hasil Sawit Tahun 2019, Pencapaian Peningkatan Hasil Getah Tahun 2019, Purata Pendapatan Tertinggi Usahawan Felda Tahun 2019 dan Anugerah Keceriaan Kampung Felda Tahun 2019.

Intipati Ucapan Perdana Menter Sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2020

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image