Intipati Sidang Media Pengerusi PTPTN Berkaitan Pinjaman PTPTN

INTIPATI SIDANG MEDIA OLEH PENGERUSI PTPTN, WAN SAIFUL WAN JAN
- PTPTN hanya janji batalkan senaraihitam babitkan Imigresen
- Peminjam yang disenaraihitam oleh CCRIS akan kekal
- PTPTN nafi syarat peminjam adalah dari keluarga yang terima Bantuan Sara Hidup
- Peminjam PTPTN dinasihat teruskan pembayaran balik yang sedang dibuat
- PTPTN masih cuba mendapatkan data peminjam yang berpendapatan RM4000/sebulan
- Tiada penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN ketika ini
- Pengumuman penuh mengenai pembayaran pinjaman akan dibuat sebelum 17 Ogos
- Sehingga 31 Mei 2018 2.86 juta pinjaman diluluskan melibatkan RM53.09 bilion
- PTPTN telah senarai putih 429,945 peminjam dengan kerjasama Jabatan Imigresen
- Kaunter PTPTN di KLIA2 akan ditutup mulai 1 Julai 2018
Baca juga: Penangguhan Pembayaran & Senaraihitam PTPTN