Inginkan Contoh Soalan Temuduga Pegawai Arkib Gred S41? Dapatkan Disini Untuk Rujukan Anda

1,696

Temuduga Pegawai Arkib Gred S41

Apakah persediaan untuk temuduga Pegawai Arkib Gred S41 setelah anda menerima emel bahawa anda telah layak untuk temuduga untuk jawatan ini? Pastinya anda tahu bahawa anda perlu membuat beberapa persediaan supaya sesi temuduga nanti berjalan dengan lancar seterusnya berjaya dengan cemerlang dan ditawarkan pekerjaan ini.

Sebelum anda diberikan panduan untuk menghadapi temuduga dan contoh soalan-soalan untuk jawatan ini, lihat dahulu info ringkas mengenai jawatan Pegawai Arkib Gred S41.

Info Ringkas Jawatan Pegawai Arkib Gred S41

Untuk pengetahuan anda, Pegawai Arkib Gred S41 berada dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional di Jabatan Arkib Negara.

Jadual Gaji

Berikut adalah jadual gaji untuk jawatan Pegawai Arkib Gred S41 :

  • Gaji Minimum : RM2,078.00
  • Gaji Maksimum : RM9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Inginkan Contoh Soalan Temuduga Pegawai Arkib Gred S41? Dapatkan Disini Untuk Rujukan Anda

Deskripsi Tugas

Tugas-tugas seorang Pegawai Arkib Gred S41 ialah :

  • Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

Ingin Lulus Temuduga?

Adakah anda ingin lulus temuduga anda? Jika ya, anda jangan lakukan 10 kesalahan besar ini ketika temuduga seperti :

  1. Tidak bersedia
  2. Tiada resume dan tidak membawa dokumen penting yang diperlukan
  3. Aksesori berlebihan
  4. Paksa penemuduga meluluskan anda
  5. Tidak silent telefon
  6. Kurang eye contact & bahasa badan
  7. Cerita hal peribadi
  8. Cerita keburukan bekas majikan
  9. Terlalu gugup
  10. Tidak menjawab soalan yang diajukan

Ingin dapatkan soalan bocor yang selalu ditanya ketika temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan soalan tersebut dan buat latihan dan sediakan jawapan yang boleh menarik penemuduga anda.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Arkib Gred S41

Inginkan contoh-contoh soalan temuduga Pegawai Arkib Gred S41 untuk rujukan dan persediaan untuk mendapatkan jawapan? Ini adalah contoh soalan yang akan ditanya ketika temuduga anda.

  1. Perkenalkan diri anda dan ceritakan serba sedikit mengenai pendidikan anda.
  2. Terangkan deskripsi tugas seorang Pegawai Arkib Gred S41.
  3. Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara?
  4. Apakah objektif serta misi dan visi Jabatan Arkib Negara?
  5. Jelaskan maksud Pelupusan Rekod dan faedahnya?
  6. Terangkan akta dan peraturan yang berkaitan dengan Jabatan Arkib Negara yang bertindak sebagai institusi penyimpanan rekod dan pemulihan.
  7. Jelaskan apa yang anda tahu mengenai keperluan Ruang Penyimpanan rekod seperti Keperluan Peralatan/Kelengkapan Ruang Penyimpanan Rekod, Kawalan Suhu, Spesifikasi Ruang Penyimpanan Rekod, Kelembapan dan Cahaya, Keperluan Fizikal dan Susun Atur dan Keselamatan.
  8. Berapa bahagiankah yang ada di Arkib Negara Malaysia dan sebutkan 2 daripadanya?
  9. Berapakah cawangan ANM yang ada diseluruh Malaysia?
  10. Sebutkan 3 daripada Pengkisahan Sejarah yang disimpan secara video di Arkib Negara Malaysia.
  11. Jabatan Arkib Negara berada di dalam Kementerian mana dan siapakah Menteri yang terlibat?
  12. Apakah tujuan Pengurusan Rekod Kerajaan?
  13. Terdapat berapa jenis cara penyimpanan dan pemeliharaan rekod atau data?
  14. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Arkib Negara dibawah Khidmat Konsultansi Pengurusan Rekod?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebelum terlambat.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image