Info Kerjaya Malaysia

Mohon Skim Peduli Sihat: Cara Semak Kelayakan & Buat Permohonan Online

1,138

Skim Peduli Sihat telah diperkenalkan dengan tujuan meringankan beban kos sara hidup yang tinggi dalam kalangan B40 terutamanya bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas.

Kerajaan Negeri Selangor telah membiayai rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun bagi skim ini.

Baca juga: Mohon Rumah Selangorku: Permohonan Semakan Status Kelulusan

Peserta yang layak menyertai skim ini adalah mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor dan penuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai manfaat, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan serta semakan Skim Peduli Sihat bagi rakyat Selangor.

MANFAAT SKIM PEDULI SIHAT

1) Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA)

Skim PEDULI SIHAT PENJAWAT AWAM (PSPA) membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah untuk menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital panel (hospital swasta).

Kos rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga RM 10,000 setahun seorang.

Untuk maklumat lanjut layari:

2) Skim Rawatan Jantung

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah.

Skim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Untuk maklumat lanjut layari:

3) Kad Peduli Sihat

Bagi Skim Peduli Sihat, pemohon yang layak akan diberikan Kad Peduli Sihat Selangor bagi menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Kad kesihatan Peduli Sihat adalah membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri dan juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan yang ditetapkan,

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Semak senarai klinik panel di pautan berikut:

2 KATEGORI KAD KESIHATAN PEDULI SIHAT

Kad kesihatan Peduli Sihat mempunyai dua kategori iaitu:

Kategori A

Pemegang kad kategori A adalah:

  1. Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun)
  2. Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah sebulan

Antara kelebihan kategori ini adalah:

  • Mendapat isi kad bernilai RM500.00 setahun
  • Had gunaan sehingga RM50 setiap kali rawatan
  • Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan
  • Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan untuk satu keluarga di atas nama pemegang akaun utama

Kategori B

Pemegang kad kategori B adalah:

  1. Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
  2. Pendapatan individu RM1,500.00 ke bawah sebulan

Antara kelebihan pemegang kad kategori ini adalah:

  • Mendapat isi kad bernilai RM200.00 setahun
  • Had gunaan RM50 setiap kali rawatan
  • Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan
  • Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan kepada seorang individu di atas nama pemegang akaun

Skim Peduli Sihat: Cara Semak Kelayakan & Permohonan Online

Skim Peduli Sihat: Cara Semak Kelayakan & Permohonan Online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Skim Peduli Sihat:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pendapatan seisi rumah RM3000 dan ke bawah bagi pemohon Kategori A (Keluarga)
  • Pendapatan individu RM1500 dan ke bawah bagi pemohon Kategori B (Individu)

CARA MEMOHON

Permohonan Skim Peduli Sihat boleh dilakukan secara manual atau atas talian (online).

Skim Peduli Sihat: Cara Semak Kelayakan & Permohonan Online

Permohonan Secara Manual

Untuk permohonan secara manual, pemohon boleh dapatkan borang yang disediakan di bawah dan lengkapkan:

download borang pendaftaran

Borang pendaftaran yang telah dilengkapkan boleh dihantar terus ke Pejabat Ahli Dewan negeri Selangor atau penyelaras Dewan Negeri Selangor.

Berikut adalah senarai penuh Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN:

Permohonan Secara Online

Untuk membuat permohonan secara online, lengkapkan borang di pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Peduli Sihat oleh Kerajaan Negeri Selangor boleh dirujuk DI SINI.

Anda juga boleh ajukan pertanyaan terus di talian 03-5525 6600 atau emel ke [email protected].

close-image