Cara Mohon Bantuan Zakat MAIDAM 2020. Baca Syarat Dan Buat Semakan Online

4,564

Apa Itu Bantuan MAIDAM?

Bantuan MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) merupakan satu bentuk bantuan yang dikhaskan buat pemohon yang berasal dari negeri Terengganu yang layak berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.

Melalui perkongsian ini, anda boleh mengetahui cara memohon, menyemak permohonan serta menyemak kelayakan permohonan untuk bantuan MAIDAM.

Cara Mohon MAIDAM

Untuk memohon bantuan MAIDAM ini, anda perlu memohon secara online dengan mengikut langkah-langkah berikut :

MAIDAM

  • Isi maklumat yang diperlukan dengan betul.
  • Cetak borang permohonan yang telah siap di isi.
  • Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat daerah masing-masing.

Syarat Kelayakan Bantuan MAIDAM

Terdapat 8 jenis asnaf yang layak untuk menerima bantuan zakat MAIDAM iaitu :

  1. Faqir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Ar-Rigab
  5. Al-Gharimin
  6. Fisabilillah
  7. Ibnu Sabil
  8. Muallaf

1. Faqir

Bantuan yang boleh dipohon oleh golongan faqir ialah :

  • Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

Nota : Faqir disini bermaksud, orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

2. Miskin

Bantuan yang boleh dipohon adalah seperti berikut :

  • Bantuan Kecemasan / Bencana
  • Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Serta Merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

Nota : Miskin disini bermaksud, seorang  Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

3. Amil

Jenis bantuan yang boleh dipohon adalah :

  • Ambilan Terus oleh Amil
  • Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

Nota : Maksudnya ialah individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.

4. Mualaf

Terdapat beberapa jenis bantuan untuk golongan mualaf seperti :

  • Bantuan Saguhati Memeluk Islam
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kelas Bimbingan
  • Bantuan Aktiviti / Program Muallaf
  • Bantuan Pengajian Muallaf

Nota : Mualaf bermaksud, seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.

5. Ar- Riqab

Terdapat 2 bantuan yang boleh dipohon seperti :

  • Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
  • Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

Nota : Maksud Ar-Riqab ialah, memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.

6. Al-Gharimin

Berikut adalah bantuan yang boleh dipohon :

  • Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
  • Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

Nota : Maksud Al-Gharimin ialah, golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabilillah

Bantuan yang boleh dipohon adalah seperti berikut :

  • Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
  • Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
  • Bantuan Pendidikan Dalam Negara
  • Bantuan Pendidikan Luar Negara

Nota : Fisabillah bermaksud, mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat.

8. Ibnu Sabil

Bantuan untuk golongan Ibnu Sabil adalah :

  • Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
  • Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan

Nota : Ibnu Sabil bermaksud, mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syarak dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.

Agihan / Bantuan Mengikut Sektor

Agihan / bantuan dibahagi mengikut 4 sektor iaitu :

1. Sektor Sosial dan Kemanusiaan

  • Bantuan Bulanan.
  • Bantuan Sara Hidup.
  • Bantuan Baikpulih Rumah / Bina Rumah Baru.
  • Bantuan Perubatan / Hemodialisis.
  • Bantuan Kecemasan/Bencana.
  • Bantuan Berhutang.
  • Bantuan Sewa Rumah.
  • Bantuan Serta-Merta.
  • Bantuan Sempena Ramadhan.
  • Bantuan Pusat Pemulihan / Rumah Perlindungan.
  • Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris.
  • Bantuan Masjid Surau.

2. Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
  • Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT
  • Program Memartabatkan Institusi Ulama’
  • Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
  • Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.
  • Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
  • Bantuan Persekolahan.
  • Latihan Kemahiran Anak Asnaf.
  • Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah.
  • Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
  • Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.

3. Sektor Ekonomi dan Keusahawanan

  • Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan.
  • Kursus Keusahawanan Asnaf.

4. Bantuan Saudara Kita (Muallaf)

  • Saguhati Hari Raya
  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Dermasiswa Muallaf
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Umum Pelajaran
  • Pembinaan Rumah Individu
  • Saguhati Galakan Saudara Baru
  • Bantuan Modal
  • Bantuan Perubatan Muallaf
  • Kursus dan Latihan
  • Pengurusan Jenazah
  • Bantuan Berkhatan

Semakan Status Bantuan MAIDAM

Setelah permohonan dibuat dan dihantar, anda boleh membuat semakan secara online di :

semakan MAIDAM

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan Klik Untuk Semak.
  • Lihat status permohonan yang dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebrang persoalan dan ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan MAIDAM ini, anda boleh hubungi :

  • Ibu pejabat MAIDAM :

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM )
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Atau anda boleh layari pautan berikut untuk pertanyaan: Hubungi MAIDAM

Sumber : MAIDAM

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image