Iklan Permohonan Guru Ganti

Untuk makluman, mana-mana calon yang berminat utk menjadi guru ganti boleh membuat permohonan melalui:

1. Mengisi borang permohonan (warna biru) yg boleh didapati di kaunter PPDTL atau
2. Mengisi permohonan online melalui link yang disediakan di bawah.

Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga. Bagi sesi temuduga, calon akan dinilai berdasarkan instrumen dan bahan PAK21 yang dilampirkan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN:

Syarat Permohonan Guru Ganti

1. Umur:

18 tahun hingga 30 tahun bagi bukan siswazah dan hingga 35 tahun bagi siswazah.

2. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya sijil SPM iaitu:

– Lulus Ujian Lisan BM
– Kepujian BM & BI (bagi subjek DLP)
– Kepujian 3 subjek lain termasuk subjek dipohon.

3. Calon yang memiliki sijil STPM, Diploma dan Ijazah amat digalakkan untuk memohon.

KADAR ELAUN

Elaun guru ganti dibayar harian bekerja mengikut kadar kelulusan tertinggi:

  • SPM – RM54/hari
  • STPM/DIPLOMA – RM72/hari
  • Ijazah – RM100/hari

STATUS JAWATAN

Kontrak @ Pekerja Sambilan Harian.

Tempoh lantikan adalah min. 1 bulan dan maks. 2 bulan bagi setiap kali lantikan.
(Boleh dilantik semula jika terdapat kekosongan dan peruntukan yang ada)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sepanjang tahun. Kerana status jawatan adalah kontrak dan calon yang mengisi kebanyakannya adalah bersifat sementara iaitu menunggu mendapat pekerjaan tetap.

LINK PERMOHONAN GURU GANTI

KLIK UNTUK MOHON

PASTIKAN ANDA JOIN GRUP TELEGRAM KERJAYA

Pastikan anda join chanel Telegram Portal Kerjaya di bawah untuk lebih banyak maklumat terkini jawatan kosong kerajaan & swasta.

Kesemuanya akan dihebahkan ke henfon anda setiap hari. Terus join percuma di bawah.

TELEGRAM KERJAYA