Iklan Jawatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Iklan Personel Mystep Unit APEL Pusat Pengurusan Akademik,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit APEL, Pusat Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan segera jawatan Personel MYSTEP seperti yang berikut:
JAWATAN : Pembantu Tadbir N1 (Personel MySTEP)
KEKOSONGAN : Dua (2) Kekosongan
TEMPOH LANTIKAN : 2 Bulan
TARIKH TUTUP : 22 FEBRUARI 2025
Cara Mohon:
- Menghantar surat permohonan dalam bentuk salinan lembut dan salinan sijil-sijil yang TELAH DISAHKAN ke alamat [email protected] dengan tajuk emel: Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir N1 MYSTEP, Unit APEL, AKADEMIK UKM.
Permohonan perlu disertakan dengan mengemukakan dokumen yang berikut:
(i) Resume berserta gambar berwarna berukuran pasport (sila nyatakan jawatan yang dimohon)
(ii) Salinan Kad Pengenalan
(iii) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
(iv) Salinan sijil-sijil lain
(v) Salinan KWSP / PERKESO (jika ada)
Permohonan yang LENGKAP sahaja akan dipertimbangkan Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.