Iklan Jawatan Tentera Darat Malaysia ~ Perajurit Muda TD Lelaki Siri 203 Tahun 2025 Atas Talian Dibuka
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda TD Lelaki Siri 203 Tahun 2025 atas talian dibuka.
1. Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.
a. Pendaftaran Permohonan: https://mims.mod.gov.my/sppmtd/mhn
b. Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my/Landing_JMT.php
c. Panduan Permohonan: https://army.mil.my/…/iklan-pengambilan/panduanpermohonan
d. Dapatkan maklumat terkini berkenaan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat: https://t.me/pengambilanTDM
2. Tarikh Permohonan Dibuka : 27 Nov 24 hingga 23 Dis 24.
3.Syarat Fizikal
a. Ketinggian Minimum – Lelaki- 162cm
b. BMI : 18.0 hingga 26.0
c. Umur: 18 tahun hingga 25 tahun pada 10 Mac 25.
d. Status perkahwinan: Bujang/Kahwin.
4.Syarat Akademik (Minimum)
a. SPM – Lulus BM dan Sejarah.
b. SPVM – 2.0 ke atas.
5. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.
6. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
7. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.
8. Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
9. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470