Iklan Jawatan Pembantu Penguatkuasa JPJ KP19

Bagi anda yang ingin berkhidmat sebagai Pembantu Penguatkuasa JPJ KP19, berikut dikongsikan senarai jawatan kosong JPJ 2018 dan bagaimana mohon jawatan yang diiklankan.

Bedasarkan hebahan terbaru SPA Malaysia, terdapat 296 kekosongan jawatan Pembantu Penguatkuasa JPJ Gred KP19 ditawarkan ambilan bagi sesi 2018.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pembantu Penguatkuasa JPJ Gred KP19

Bagi anda yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong JPJ:

  • Mempunyai keterampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

Syarat Lantikan Pembantu Penguatkuasa JPJ:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
      • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
        dan
    • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TUGAS PEMBANTU PENGUATKUASA JPJ

Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

IKLAN JAWATAN JPJ

Berikut merupakan iklan jawatan yang dikeluarkan.

Iklan Jawatan Pembantu Penguatkuasa JPJ KP19

BAGAIMANA MOHON

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online melalui Portal SPA Malaysia. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

IKLAN PENUH JAWATAN

close-image