Gaji RM3,000 Untuk Jawatan Eksekutif Tidur Kini Di Malaysia, Mohon Segera

11,610

Jawatan Eksekutif Tidur Kini Di Malaysia

Macam pelik tetapi benar. Ini adalah jawatan yang paling mudah skop kerjanya dan gajinya agak lumayan. Jika dahulu pekerjaan ini ditawarkan oleh syarikat luar negara, tetapi di Malaysia juga telah wujud pekerjaan tidur ini.

Kempen ‘Get Paid To Sleep’

Syarikat tilam tempatan Sonno Malaysia Sdn Bhd menerusi kempan ‘Get Paid To Sleep’ mencari seseorang yang layak untuk memegang jawatan sebagai Eksekutif Tidur bagi syarikat ini.

Maklumat Jawatan

Berikut adalah maklumat jawatan ‘Eksekutif Tidur’ :

  • Status jawatan : Kontrak (1 September hingga 10 Disember 2020)
  • Gaji ditawarkan : RM3,000
  • Tilam Sonno Lite dan bantal akan disediakan oleh pihak syarikat, anda hanya perlu menyediakan bilik tidur dan katil sahaja.

Skop Kerja Sebagai ‘Eksekutif Tidur’

  • Tempoh tidur adalah 8 jam bagi setiap malam.
  • Anda akan bertugas selama 100 hari bermula pada 1 September hingga 10 Disember 2020.
  • Anda perlu menulis laporan tentang pengalaman tidur menggunakan tilam Sonno Lite.
  • Rekod dan hantar dua video berdurasi 30 saat setiap minggu kepada pihak syarikat.
  • Tilam dan bantal yang disediakan akan menjadi hak milik anda.

Tempoh Permohonan

Jika anda berminat, permohonan boleh dibuat mulai 1 Julai hingga 31 Julai 2020.

Lengkapkan permohonan dan nyatakan mengapa anda merupakan jurutidur profesional yang terbaik di Malaysia.

Cara Memohon

Untuk memohon :

Gaji RM3,000 Untuk Jawatan Eksekutif Tidur Kini Di Malaysia, Mohon Segera

  • Klik APPLY NOW dan klik APPLY TO POSITION.
  • Isikan maklumat yang diminta.

Gaji RM3,000 Untuk Jawatan Eksekutif Tidur Kini Di Malaysia, Mohon Segera

  • Klik SUBMIT APPLICATION.
  • Permohonan yang berjaya akan dihubungi pada 20 Ogos 2020 dan akan mula bekerja pada 1 September 2020 hinga 10 Disember 2020.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan dan info lanjut mengenai tawaran ini, sila hubungi Sonno Malaysia di saluran berikut :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image