Gaji RM10,757 Baru Mampu Beli Kebanyakan Rumah di Malaysia ~ Pakat Menyewa Lah Kita

269

Hanya isi rumah dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM10,757 mampu membeli rumah pada harga purata yang dijual di negara ini.

Ini kerana, purata harga rumah pada 2016 ialah RM387,258 sedangkan pendapatan median rakyat Malaysia hanya RM5,228 sebulan. Purata harga rumah pada 2014 pula ialah RM280,886.

Ini menjadikan purata harga rumah yang dijual sebagai “amat tidak mampu milik” (severely unaffordable) berdasarkan perkiraan mengikut Pendaraban Medium Demografia Antarabangsa, di mana harga rumah hanya dianggap mampu milik jika ia kurang daripada tiga kali ganda pendapatan median tahunan isi rumah.

Ia mengambil kira data terbaru Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Keperluan Asas 2016 yang dikeluarkan Jabatan Statistik minggu lalu dan data oleh Jabatan Penilaian dan Khidmat Hartanah.

Jika diikutkan kepada pendapatan median rakyat Malaysia juga, harga rumah mampu milik sepatutnya hanya RM188,208.

78% ISI RUMAH MALAYSIA BERPENDAPATAN KURANG RM10K

Malangnya, 78 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan kurang RM10,000 iaitu tahap pendapatan isi rumah yang diperlukan untuk menjadikan kebanyakan rumah yang dijuak sekarang sebagai mampu milik.

Daripada jumlah itu, 41 peratus atau 2.33 juta isi rumah berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Purata harga rumah paling mahal dicatatkan di Kuala Lumpur dengan melebihi RM700,000 seunit.

HARGA RUMAH DI SABAH & SARAWAK

Turut membimbangkan apabila harga rumah di Sabah and Sarawak juga tinggi sedangkan pendapatan median penduduk Sabah dan Sarawak hanya sekitar RM4,100 (sebulan) berbanding penduduk di Kuala Lumpur yang memperoleh RM9,073 sebulan.

Kerajaan sebelum ini sudah pun melaksanakan pebagai dasar untuk mengurangkan peningkatan harga rumah, antaranya dengan Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) dan pembinaan lebih banyak rumah-rumah mampu milik.

RPGT ialah mekanisme untuk mengawal spekulasi pasaran hartanah.

Ramai pemerhati ekonomi melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pendekatan khusus untuk mengatasi masalah ini menerusi pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Kuala Lumpur mencatat harga rumah tertinggi dengan purata RM749,000 diikuti dengan Selangor (RM442,000), Pulau Pinang (RM410,000), Sarawak (RM408,000) dan Sabah (RM406,000)

Artikel ini di ambil dari pautan luar. Sumber dinyatakan seperti di bawah.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image