“Fresh Graduate Tanpa Pengalaman Kerja” ~ Isi Maklumat Ini Dalam Resume Anda
Proses menghasilkan resume yang baik juga merupakan salah satu faktor yang perlu dititikberatkan oleh graduan untuk memastikan majikan tertarik dengan anda dan seterusnya menerima anda bekerja dengan mereka.
Namun, resume yang baik sahaja sia-sia apabila majikan meletakkan “pengalaman kerja” sebagai syarat memohon jawatan kosong yang ditawarkan.
Kadang-kala mood memohon kerja graduan terganggu apabila syarat-syarat pengalaman kerja dimasukkan majikan. Tapi usah risau, tiada pengalaman kerja pun anda boleh mohon jawatan yang anda minat.
Pastikan anda ikut panduan dan strategi untuk “fresh grad” yang tiada pengalaman kerja di bawah.
1. Masukkan Pengalaman & Aktiviti Luar atau Dalam Universiti
Walaupun anda tidak mempunyai pengalaman kerja yang sebenar, anda mungkin mempunyai pengalaman dari aktiviti sukarela, aktiviti kolej atau universiti, atau hobi yang berkaitan akan dapat menunjukkan pencapaian anda kepada majikan.
Pencapaian ini secara tidak langsung sebenarnya dapat menarik majikan untuk panggil anda hadir interview supaya dapat kenal anda dengan lebih mendalam untuk jawatan itu.
Jadi, gunakan sebaiknya pengalaman dan aktiviti luar anda di kolej dan universiti sekiranya anda seorang graduan yang aktif. Sebab itu lah pentingnya anda ikuti aktiviti-aktiviti kolej tau!
2. Isi Kemahiran/Kepakaran/Skil
Kadangkala ada skil atau kemahiran yang graduan telah lama kuasai tanpa sedar. Ada juga yang beranggapan skil-skil ini tak berguna di alam pekerjaan.
Sebagai contoh, anda pernah menulis blog, pernah menjadi jurugambar atau jenis yang rajin update dan jaga feed media sosial (Instagram) semua tu sebenarnya adalah skil yang anda tak sedar.
Jadi, masukkan semua tu dalam resume ya! Contoh untuk jawatan kosong “Digital Marketing” dan “Social Media Marketing” kemahiran macam inilah yang majikan mahukan.
3. Sertakan Anugerah Pernah Diterima
Jangan sia-siakan anugerah anda semasa zaman study tau! Kumpul semua sijil tu dan jaga elok-elok. Masukkan semua dalam resume anda sebab anugerah ini lah yang akan dapat menunjukkan personaliti dan gaya bekerja jika anda sudah mula bekerja dalam industri sebenar.
4. Cuba Mohon Jawatan Yang Anda “Layak”
Sekurang-kurangnya anda mempunyai 2 atau 3 syarat yang menepati cita rasa majikan, sebenarnya anda dah layak memohon jawatan itu.
Rezeki itu luas kita tak tahu mungkin dengan 2 perkara yang “match” dengan kerja kosong itu akan dapat memikat hati majikan untuk panggil anda datang temuduga.
Akhir sekali untuk nampakkan korang memang serius untuk mohon kerja pastikan resume tersusun kemas, tiada typo dan format yang betul. Barulah majikan pun akan lebih yakin untuk “offer” kerja kosong untuk anda.
Baca juga: Cara menulis winning resume