Ikut Tips Ini Untuk Tahu Cara Hendak Follow Up Permohonan Kerja Melalui Telefon

3,465

Follow Up Permohonan Kerja

Setelah anda membuat permohonan kerja dan anda dapati setelah 2 minggu berlalu, tiada sebarang maklumbalas daripada syarikat tempat anda memohon kerja. Apa yang harus anda lakukan? Buat follow up. Perlu ke anda follow up? Ya, sangat perlu sekiranya anda ingin dapatkan pekerjaan tersebut.

Jika anda ingin mendapatkan tips untuk buat follow up permohonan kerja, ikuti perkongsian ini untuk ketahui cara follow up permohonan kerja anda.

Ingat, anda tidaklah terdesak dan mendesak majikan ya. Gunakan tips ini untuk follow up ya.

Tips Follow Up Permohonan Kerja

Antara tips yang boleh anda gunakan untuk membuat follow up ialah :

1. Memahami Tugas Pengambilan Pekerja

Anda hanya membuat follow up untuk mengetahui apakah keputusan permohonan anda. Jadi sudah pasti anda memahami tugas bahagian pengambilan pekerja bahawa mereka perlu membuat tugasan pengambilan pekerja mengikut langkah satu persatu.

2. TujuanĀ 

Pastinya anda tahu tujuan anda membuat panggilan atau pertanyaan kepada bahagian pengambilan pekerja. Anda tidak perlu membazirkan masa mereka dan yakin dengan apa yang akan anda perkatakan kepada mereka. Ikuti langkah-langkah ini ketika anda menelefon mereka :

  • Beri salam / greeting
  • Kenalkan diri
  • Nyatakan jawatan yang dipohon
  • Jelaskan mengapa anda membuat panggilan telefon iaitu membuat follow up untuk ketahui status permohonan.

3. Berdiri

Mengapa mesti berdiri walaupun bercakap dalam telefon? Anda lebih yakin ketika bercakap dan tidak akan merasa gugup malah lebih yakin. Jika anda hendak bercakap sambil duduk, boleh sahaja. Pastikan postur tubuh badan anda dalam keadaan yang betul. Bayangkan seolah-olah anda bercakap secara berhadapan dengan bahagian pengambilan pekerja.

4. Senyum Sambil Bercakap

Mengapa anda perlu senyum sambil bercakap walaupun mereka tidak nampak? Ini kerana mereka pastinya dapat mengenal nada suara ketika anda bercakap. Suara yang santai, ceria dan lemah lembut pastinya akan menarik perhatian ambilan pekerja. Kita juga tidak tahu apakah situasi yang berlaku di sana. Sekurangnya, mereka tidak tertekan dan tenang ketika mendengar percakapan anda.

Ikut Tips Ini Untuk Tahu Cara Hendak Follow Up Permohonan Kerja Melalui Telefon

5. Pastikan Suasana Tenang

Sekiranya kawasan sekeliling bising, jangan telefon dahulu. Tunggu keadaan tenang dan agak sunyi barulah anda telefon syarikat tersebut untuk membuat follow up. Risau juga nanti anda terjerit-jerit ketika bercakap dengan mereka.

6. Ringkaskan Perbualan

Fahami bahawa mereka juga mempunyai tugasan yang lain untuk diselesaikan dan bukan melayan anda sahaja untuk membuat follow up. Jadi ringkaskan dengan terus kepada point yang anda ingin tahu dan fokus kepada perkara tersebut sahaja.

7. Ucap Terima Kasih

Apa sahaja keputusan yang dinyatakan kepada anda, ucapkan terima kasih. Tidak perlu bersedih dan kecewa sehingga menghempaskan telefon anda. Ucap terima kasih kepada mereka kerana sudi meluangkan masa untuk melayan anda. Jika anda mendapat temuduga atau pekerjaan disyarikat tersebut, tahniah. Tetapi jangan lupa ucapkan terima kasih ya.

8. Follow Up Semula

Follow up semula sekiranya anda diminta berbuat demikian. Kadangkala sesuatu pekerjaan mengambil masa untuk dibuat keputusan. Jangan mudah membuat andaian negatif, hubungi semula untuk ketahui status permohonan anda.

Ikut Tips Ini Untuk Tahu Cara Hendak Follow Up Permohonan Kerja Melalui Telefon

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image