Elaun Bulanan Sebanyak RM200 Dengan Penyertaan Program Bootcamp ILKBS. Semak Kelayakan Disini

384

Elaun Bulanan Sebanyak RM200 Dengan Penyertaan Program Bootcamp ILKBS. Semak Kelayakan Disini

Apakah itu Program Bootcamp? Program ini melalui Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama beberpa pihak industri dalam tempoh selama :

  • 1 hingga 3 bulan

Ciri-Ciri Program Bootcamp ILKBS

Antara ciri-ciri Program Bootcamp ialah :

  • Pengajar merupakan pengamal industri yang berpengalaman dengan minat yang emndalam dalam mengajar dan memberi latihan.
  • Memberi peluang kepada belia untuk fokus kepada latihan amali atau hands on learning disokong dengan teori mengikut keperluan.
  • Persekitaran pembelajaran mensimulasikan tempat pekerjaan sebenar dan kepelbagaian dalam pembelajaran seperti pengajaran yang dibantu dengan video serta komputer dan modaliti pembelajaran.

Syarat Kelayakan Penyertaan Program Bootcamp ILKBS

Semak dahulu kelayakan Prograhunm Bootcamp seperti berikut :

  • Belia yang berumur 18 hingga 35 tahun
  • Mestilah boleh membaca, menulis dan mengira
  • Mempunyai perwatakan yang positif
  • Boleh bekerja dalam kumpulan
  • Boleh bekerja mengikut syif
  • Sihat dari segi mental dan fizikal
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah
  • Bebas dari penyalahgunaan dadah
  • Bersedia menjalani latihan selam 3 bulan
  • Tidak mempunyai saman tertunggak kenderaan

Elaun Program Bootcamp ILKBS

Elaun yang diberikan ialah seperti berikut :

  • Elaun bulanan sebanyak RM200
  • Dan segala elaun, makan minum serta penginapan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KBS dengan kerjasama pihak industri.

Kelebihan Program Bootcamp ILKBS

  • Memberi jaminan pekerjaan (peserta mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak industri).
  • Mengurangkan kadar pengangguran dikalangan belia.
  • Meningkatkan potensi belia Malaysia yang bekerjaya.
  • Membantu mengenalpasti kerja yang beresuai dan kemahiran sosial yang perlu dilatih dalam program.
  • Menentukan tahap kualiti bagi pelatih.
  • Mengambil lepasan program bootcamp untuk bekerja sebaik tamat latihan dan menjamin penyediaan gaji yang baik.
  • Menyediakan peralatan yang khusus bagi tujuan pembelajaran dan latihan.
  • Menyediakan pengalaman industri yang berpengalaman untuk membangunkan kurikulm latihan dan melatih tenaga pengajar bootcamp.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Bootcamp dan pertanyaan yang berkaitan sila layari laman web berikut :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image