Download Iklan Jawatan Pengurus PKD Gred N19 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ingin mempelawa individu yang memiliki ciri-ciri keperibadian seperti berikut : i) berketrampilan; ii) memiliki bakat kepimpinan; iii) memiliki ciri-ciri jati diri yang cemerlang; iv) bersikap profesional; dan v) boleh bekerja dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk memohon kekosongan jawatan yang ditawarkan di bawah.
Pusat Komuniti Desa (PKD) berfungsi sebagai platform pusat informasi dan one stop centre kepada penduduk kampung yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan. PKD juga akan menjadi lokasi atau hub bagi pelaksanaan program Desa Digital serta pusat aktiviti atau latihan program-program pemerkasaan wanita.
Pengurus PKD perlu membantu menyelaras program/aktiviti yang memperkasakan sosio ekonomi penduduk kampung, merapatkan jurang digital serta memberi kerjasama kepada MPKK dan Agensi Kerajaan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di kawasan liputan PKD
Sila ikuti langkah memohon di bawah agar anda tidak terlepas menjawat jawatan ini.
IKLAN PENUH PERMOHONAN
Anda boleh download iklan penuh permohonan jawatan di atas melalui pautan khas yang disediakan di bawah.