Dah Start Hias Rumah?Jom Tengok 10 Deko Rumah Raya Ini

1,681

Dah Start Hias Rumah?

Pejam celik, pejam celik, hari raya pun sudah dekat. Anda sudah persiapan raya? Deko rumah? Walaupun hari raya kali ini tidak seperti tahun sebelumnya, tidak salah kita memeriahkan Aidilfitri dengan cara tersendiri. Apa jadi sekalipun, raya tetap raya.

Kalau anda rasa tidak ada idea untuk mendeko rumah untuk hari raya, apa kata baca perkongsian ini untuk dapatkan idea untuk mendeko rumah.

10 Deko Rumah Hari Raya

Anda boleh menggunakan 10 idea deko rumah yang dikongsikan ini. Antara 10 deko rumah ini ialah :

1. Hiasan Outdoor Raya

Tidak ada yang pelik sekiranya anda membuat deko outdoor di perkarangan rumah anda walaupun sambutannya tidak semeriah raya sebelum ini. Ambil mood santai sekali sekala. Mungkin juga ahli keluarga yang tinggal dalam rumah anda terlalu ramai. Jadi, bolehlah buat sambutan ala-ala outdoor ini.

Anda boleh letakkan meja makan ala Jepun atau hamparkan tikar dihalaman rumah yang luas dan dibawah pohon pokok yang rendang sambil makan ketupat, lemang dan kuih raya. Try tengok. Mesti best.

Dah Start Hias Rumah?Jom Tengok 10 Deko Rumah Ini

2. Lampu Yang Unik Dan Menarik

Kalau selalu pasang lampu minyak tanah atau lampu buluh dihalaman rumah, apa kata kali ini tukar konsep pula. Anda boleh dapatkan lampu yang unik lagi menarik dan pasang di sekitar rumah anda.

Anda boleh pilih untuk pasang lampu tersebut di dalam ruang tamu di rumah atau di kawasan hadapan luar rumah anda. Mungkin lampu yang anda beli nampak seperti ala padang pasir umpama cerita Aladdin atau lampu dengan bentuk bunga selepas dipasang mentolnya.

Tak perlu gunakan api atau minyak tanah, gunakan bateri dan mentol, pasang sahaja pada bekas lampu anda.

3. Pelbagaikan Hiasan Tengah Meja

Hiasan tengah meja mestilah ditukar. Bukankah hari raya ini semuanya mesti nampak cantik dan menarik. Jika selalu anda letakkan bunga, apa kata kali ini anda letakkan pula hiasan ranting kayu yang sederhana tinggi, bekas kaca lutsinar yang terdapat guli kecil berwarna warni di dalamnya atau bekas kayu yang diletakkan lilin pewangi di dalamnya.

4. Jadikan Cermin Sebagai Hiasan Dinding

Sudah biasa meletakkan lukisan atau tulisan kaligrafi sebagai hiasan dinding di rumah. Apa kata kali ini tukar pula dengan meletakkan cermin yang besar di dinding rumah anda. Letakkan dengan cara memanjang dibelakang sofa atau meja makan anda.

Anda juga boleh memasang cermin heksagon dan susun dengan cantik di dinding rumah anda. Jadikan ia lain daripada yang lain.

Secara tidak langsung, kawasan ruang tamu akan kelihatan lebih besar daripada biasa dan bolehlah kaum wanita betulkan makeup dan tudung dengan cermin tersebut.

Dah Start Hias Rumah?Jom Tengok 10 Deko Rumah Ini

5. Photo Booth Raya

Kalau tidak berselfie memang tidak sah. Jadi, gunakan kreativiti anda untuk hasilkan photo booth yang cantik dan menarik untuk diabadikan sebagai kenangan yang indah buat anda.

Gunakan sahaja langsir lama rumah anda untuk dijadikan sebahagian hiasan photo booth. Apa sahaja barang lama yang ada dirumah anda jangan dibuang. Gunakan ia untuk dihias di photo booth raya anda.

Tambahkan sedikit pokok bunga atau hiasan lemang, basikal lama, periuk dan sebagainya untuk mencantikkan photo booth raya anda.

Dah Start Hias Rumah?Jom Tengok 10 Deko Rumah Ini

6. Ketupat Raya

Jangan lupa untuk gantung ketupat raya. Kalau rumah anda mempunyai tempat letak kereta, cuba pasang ketupat raya yang digabungkan bersama dengan lampu hiasan dan gantungkan ditengah-tengah ruang siling tempat kereta anda. Ibarat anda pasang lampu tanglong tetapi gantikan dengan ketupat.

Dah Start Hias Rumah?Jom Tengok 10 Deko Rumah Ini

7. Lampu Kelip-kelip

Kalau tak ada lampu ini, suram hari raya kali ini. Terdapat pelbagai jenis bentuk lampu dan harganya juga murah serta mudah untuk dipasang. Jika setiap tahun lampu ini dipasang diluar rumah, apa kata kali ini pasang lampu kelip-kelip di dalam rumah pula. Letakkan ia bersama langsir anda atau letakkan di sekeliling dinding ruang tamu rumah.

8. Sampul Dan Kad Raya

Macam raya zaman dahulu pula bila gantungkan sampul dan kad raya. Zaman sekarang bukan mudah untuk mendapat kad dan sampul raya, bukan? Apa susah, anda boleh buat sendiri kad raya dan gunakan sampul raya yang terpakai. Kemudian gantungkan pada ranting kayu yang diletakkan di dalam pasu dan lingkarkan lampu kelip di setiap ranting tersebut. Kan cantik, tu.

9.  Gunakan Mangkuk Tingkat

Jika dirumah anda masih lagi ada mangkuk tingkat seperti orang dahulu, apa salahnya kali ini anda hidangkan semua makanan menggunakan mangkuk tingkat yang ada. Anda boleh menggamit memori pada masa dahulu dan kenangkan bersama saudara mara betapa seronoknya makan di dalam mangkuk tingkat bersama-sama.

Dah Start Hias Rumah?Jom Tengok 10 Deko Rumah Ini

10. Cat Semula

Ini adalah yang paling senang untuk anda lakukan. Tapi sebelum anda mengecat semula ruangan tertentu rumah anda, pastikan anda mix dan match dengan betul bersama perabot dan perkakasan rumah yang ada. Sekiranya padanan tersebut betul dengan warna cat, rumah anda akan kelihatan lebih segar, sejuk dan ruang akan menjadi lebih besar dan luas.

Jangan Membazir

Walaupun hari raya disambut setahun sekali, anda disarankan untuk tidak melakukan pembaziran untuk deko rumah anda semata-mata.

Gunakan semula barangan yang tidak dipakai dirumah anda. Anda juga boleh berfikir dengan kreatif untuk menjadikan barang tersebut cantik dan boleh digunakan lagi.

Sudah kemas dan deko rumah? Jom kita hias rumah cantik-cantik. Selamat hari raya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image