Info Kerjaya Malaysia

Dapatkan Disini Contoh Soalan Temuduga Pembantu Syariah Gred LS19 Dan Jadikan Panduan Untuk Anda

1,065

Temuduga Pembantu Syariah Gred LS19

Adakah anda terpilih untuk temuduga Pembantu Syariah Gred LS19? Tahniah kerana anda telah berjaya dalam peperiksaan online yang lalu dan bersediakah untuk menghadapi temuduga yang akan dijalankan tidak lama lagi? Ingin dapatkan contoh-contoh soalan dan tips untuk hadapi temuduga?

Jika rasa anda seorang yang berdarah gemuruh, gunakan tips yang dikongsikan ini agar temuduga anda berjalan dengan lancar seperti :

  • Cara untuk atasi gemuruh ini mudah sahaja. Pastikan anda datang awal ke tempat temuduga tersebut. Anda perlulah sampai ke tempat temuduga sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit awal. Jadi, anda akan memperoleh banyak waktu untuk menyusun dokumen dengan kemas di dalam fail serta tidak perlu kelam-kabut.
  • Jangan lupa juga untuk bawa buku catatan untuk anda membuat catatan. Pastikan juga anda merancang soalan yang hebat untuk ditanyakan kepada penemuduga kerana soalan anda kepada penemuduga juga sangat penting.
  • Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan panjang serta cuba untuk kawal diri anda semasa ingin memasuki bilik temuduga. Hiasi wajah anda dengan senyuman serta pandang wajah penemuduga dengan penuh keyakinan.

Info Ringkas Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19

Untuk makluman, jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 ini, ia berada dalam kumpulan Pelaksana dan akan ditempatkan di jabatan-jabatan tertentu mengikut kekosongan seperti Jabatan Perdana Menteri serta pejabat pentadbiran negeri.

Gaji Yang Ditawarkan

  • Gaji Minimum : RM1,355.00
  • Gaji Maksimum : RM4,007.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Deskripsi Tugas Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19

Bidang tugas seorang Pembantu Syariah Gred LS19 ialah :

  • Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.

Dapatkan Disini Contoh Soalan Temuduga Pembantu Syariah Gred LS19 Dan Jadikan Panduan Untuk Anda

Contoh Soalan Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19

Berikut adalah beberapa contoh soalan bagi jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 :

  1. Ceritakan kepada kami tentang diri anda, latar belakang pendidikan serta akademik anda.
  2. Adakah kelayakan anda sesuai untuk menjawat jawatan ini?
  3. Mengapa anda memohon jawatan ini?
  4. Terangkan dengan lengkap tugas-tugas sebagai Pembantu Syariah Gred LS19.
  5. Di manakah seorang Pembantu Syariah akan diletakkan untuk menjalankan tugas?
  6. Bolehkah anda terangkan serba sedikit dan secara ringkas mengenai Prosedur Mahkamah berkaitan hukum Faraid?
  7. Siapakah Perdana Menteri Malaysia, Timbalannya dan Menteri Hal Ehwal Agama?
  8. Pada pandangan anda, adakah seorang Mufti sesuai untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri?
  9. Apakah kelebihan anda dalam hal pentadbiran dan perkeranian?
  10. Apakah fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?
  11. Terangkan secara ringkas objektif JAKIM.
  12. Siapakah Ketua Pengarah JAKIM?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda. Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.


close-image