Info Kerjaya Malaysia

Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

109,707

Daftar eTunai Rakyat Dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

Jika anda berkelayakan untuk menerima eTunai sebanyak RM30 yang telah diumumkan oleh kerajaan, anda boleh mendaftar dan menebusnya dengan segera.

Malah, bagi penerima BSH pula akan menerima dana tambahan dalam bentuk eTunai sebanyak RM50 yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.

Syarat Kelayakan Penerima eTunai Rakyat

Syarat kelayakan untuk eTunai Rakyat (RM30)

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kad pengenalan yang sah
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak lebih RM100,000 setahun

Syarat kelayakan untuk dana tambahan BSH (RM50)

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Berpendapatan kasar isi rumah RM4000 dan ke bawah
  • Individu bujang yang berpendapatan kasar isi rumah RM2000 dan ke bawah

Nota : Syarat kelayakan yang sama dengan syarat kelayakan permohonan BSH.

3 Pengendali eTunai / eWallet

  1. Touch n Go eWallet
  2. Boost
  3. Grabpay

Cara Untuk Menebus eTunai

Cara untuk membuat penebusan bagi setiap pengendali adalah sama. Cuma berbeza aplikasi sahaja. Berikut adalah cara untuk menebus eTunai anda :

  • Download aplikasi
  • Daftar dengan mengisi maklumat
  • Klik butang eTunai Rakyat
  • Isi maklumat yang diperlukan seperti selfie foto anda dan gambar kad pengenalan
  • Hantar permohonan
  • Tunggu pengesahan

Muat Turun Aplikasi

1. Touch n Go eWallet

Untuk muat turun aplikasi Touch n Go eWallet, klik pautan berikut :

Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

2. Boost

Muat turun aplikasi Boost dipautan berikut :

Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

3. Grabpay

Untuk penebusan Grabpay pula, anda boleh  muat turun dahulu aplikasi dipautan ini :

Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penebusan eTunai ini, sila hubungi :

close-image