Cuti Tanpa Rekod Sehari Sempena Good Friday Untuk Kakitangan Awam Terlibat

1,102

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui satu surat mengumumkan berita gembira apabila Kerajaan bersetuju memberikan cuti tanpa rekod sempena sambutan Good Friday bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Kristian.

Penjawat-penjawat berkenaan bakal menikmati cuti selama satu hari.

Bagaimanapun, cuti tanpa rekod tidak terpakai bagi mana-mana Pegawai Perkhidmatan Awam di negeri-negeri dimana Hari Good Friday sudah disytiharkan sebagai hari kelepasan am.

Surat berkenaan dikeluarkan untuk perhatian Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Persekutuan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, semua Pihak Berkuasa Berkanun dan semua Pihak Berkuasa Tempatan.

SENARAI EDARAN CUTI TANPA REKOD GOOD FRIDAY

Surat Edaran Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday

Surat Edaran Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Kristian.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image