Info Kerjaya Malaysia

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

2,763

Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Setelah berhempas pulas menjawab soalan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam atau PSEE, pastinya masing-masing menunggu agar nama naik untuk dipanggil temuduga pula. Syukur kerana nama anda tersenarai sebagai calon untuk temuduga.

Sebelum hadir untuk temuduga, pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya. Kebanyakan calon akan membuat beberapa persediaan termasuklah mendapatkan contoh soalan temuduga seterusnya menyediakan jawapan untuk soalan-soalan tersebut.

Sebelum kita pergi ke bahagian contoh soalan, mari lihat info ringkas mengenai jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 terlebih dahulu.

Info Ringkas Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Untuk jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, anda akan berada dalam kumpulan Pelaksana dan akan ditempatkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan.

Jadual Gaji

  • Gaji Minimum : RM1,493.00
  • Gaji Maksimum : RM5,672.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Deskripsi Tugas

Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Untuk pengetahuan anda, bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, calon akan ditempatkan di pelbagai Kementerian atau Jabatan seperti :

  • Institut Kemajuan Desa (INFRA)
  • Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)

Oleh itu, jadikan contoh soalan ini sebagai rujukan anda dan sesuaikan mengikut jawatan yang ditawarkan kepada anda kerana soalan yang dikongsikan ini lebih bersifat terbuka dan general untuk jawatan tersebut.

Contoh Soalan Temuduga

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas serta nyatakan tahap pendidikan anda.
  2. Didapati jurusan pengajian anda tidak mempunyai kaitan dengan jawatan ini. Mengapa anda memohon jawatan ini?
  3. Mengapakah anda memilih untuk bekerja sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29?
  4. Apakah kelebihan unik yang ada pada anda untuk menjawat jawatan ini?
  5. Terangkan tugas-tugas sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29.
  6. Apakah misi dan visi serta objektif jabatan? (Jabatan yang berkaitan)
  7. Adakah anda sanggup untuk dihantar berjauhan dengan ahli keluarga atau ke Sarawak / Sabah?
  8. Siapakah Perdana Menteri serta YDP Agong Malaysia terkini?
  9. Siapakah Ketua Pengarah jabatan (Jabatan yang berkaitan)?
  10. Siapakah Menteri dan timbalannya bagi Kementerian ini?
  11. Apakah tema kemerdekaan pada tahun 2019?
  12. Apakah isu semasa terkini dan dunia secara amnya?
  13. Bagaimanakah kedudukan politik yang berlaku di Malaysia sekarang?
  14. Sebutkan Rukun Negara satu persatu mengikut susunan yang betul.

Tips Menghadapi Temuduga

Sebelum Temuduga

Sebelum anda hadir temuduga, pastikan :

  • Lengkapkan sijil serta dokumen yang perlu dibawa ketika temuduga. Rujuk sini.
  • Buat persediaan diri, latihan dan pakaian untuk temuduga. Rujuk cara pilih pakaian temuduga
  • Jangan lupa study ya.
  • Memakai pakaian yang kemas dan bersih.
  • Hadir awal 30 minit sebelum temuduga.
  • Daftar diri kepada urusetia temuduga terlebih dahulu.

Semasa Temuduga

  • Masuk ke bilik temuduga dengan tertib.
  • Jawab soalan dengan yakin dan tidak gugup.
  • Dengar dengan teliti dan fokus pada soalan yang diajukan.
  • Senyum sepanjang temuduga dijalankan.

Selepas Temuduga

  • Ucapkan terima kasih setelah tamat temuduga.
  • Berjabat tangan bagi sama jantina atau letakkan tangan di dada.
  • Keluar dengan sopan dan tutup pintu bilik temuduga dengan perlahan.
  • Baca juga apa nak buat selepas temuduga

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

close-image