Dapatkan 18 Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguatkuasa Gred KP29 KPDNHEP Disini

2,259

Temuduga Penolong Penguatkuasa Gred KP29

Setelah anda disahkan berjaya dan lulus dalam peperiksaan memasuki perhidmatan awam secara online, kini nama anda disenaraikan untuk menghadapi temuduga pula. Ini adalah fasa yang terakhir untuk memasuki perkhidmatan awam dan pastinya anda rasa sangat berdebar kerana anda sangat idamkan pekerjaan ini dan ingin memastikan anda berjaya dalam temuduga kali ini.

Baca juga: Contoh Soalan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (MAFI & Jabatan Veterinar)

Sebelum itu dapatkan sedikit tips untuk menghadapi temuduga seperti :

  • Persediaan yang mencukupi : Anda perlu membuat persediaan untuk menghadapi temuduga seperti mendapatkan maklumat pekerjaan, kementerian / jabatan serta isu-isu semasa.
  • Latihan temuduga : Anda boleh dapatkan contoh soalan yang sering ditanya ketika temuduga disini dan buat latihan untuk meningkatkan keyakinan anda ketika temuduga.
  • Penampilan menarik : Sediakan pakaian untuk temuduga dengan lebih awal dan berpenampilan dengan menarik serta tidak keterlaluan ketika hadir temuduga.
  • Susun sijil dengan betul : Jangan lupa membawa sijil dan dokumen penting etika temuduga. Susun ke dalam fail mengikut panduan ini.
  • Hadir awal dan tepati masa : Pastikan anda hadir 30 minit sebelum masa temuduga kerana anda perlu berurusan dengan urusetia temuduga terlebih dahulu untuk proses dokumentasi.

Untuk tips hadir temuduga yang lebih lanjut, klik sini dan jadikan tips ini sebagai panduan anda untuk hadir temuduga.

Dapatkan 18 Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguat Kuasa Gred KP29 KPDNHEP Disini

Info Ringkas Penolong Penguatkuasa Gred KP29

Untuk makluman anda, Penolong Penguatkuasa Gred KP29 berada dalam kumpulan Pelaksana dalam pelbagai Kementerian dan Jabatan.

Jadual Gaji Penolong Penguat Kuasa Gred KP29

  • Gaji Minimum : RM1,493.00
  • Gaji Maksimum : RM5,696.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Deskripsi Tugas

1. Kementerian Dalam Negeri

Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

2. Kementerian Pengangkutan

Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

4. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguatkuasa Gred KP29

Berikut adalah contoh-contoh soalan temuduga bagi jawatan Penolong Penguatkuasa Gred KP29 :

  1. Sila perkenalkan diri anda.
  2. Mengapa anda memilih untuk memohon jawatan Penolong Penguatkuasa Gred KP29 ini?
  3. Terangkan secara ringkas deskripsi tugas jawatan ini bagi KPDNHEP.
  4. Siapakah Ketua Pengarah KPDNHEP sekarang?
  5. Ada berapakah agensi yang berada di bawah KPDHEP?
  6. Terangkan misi dan visi KPDHEP serta objektifnya.
  7. Sebutkan akta atau peraturan yang berkaitan dengan perniagaan serta harga yang berada dibawah KPDN HEP.
  8. Siapakah Menteri yang berada dibawah kementerian ini serta timbalannya yang anda tahu?
  9. Apakah isu terkini yang berkaitan dengan KPDNHEP dan sering menjadi viral di media sosial?
  10. Sekiranya anda ditempatkan di negeri anda sendiri dan anda mengenali pemilik premis yang menjalankan perniagaan barangan tiruan atau melebihi harga kawalan, apakah tindakan anda?
  11. Apakah isu yang berkaitan dengan Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011?
  12. Adakah pemantau harga terlibat dengan KPDHEP dan apakah tugas mereka yang anda tahu?
  13. Siapakah Ketua Setiausaha KPDHEP?
  14. Sebutkan 3 barang kawalan berjadual yang dikawal secara perundangan dan pentadbiran.
  15. Apa yang tahu tentang Operasi Sub Sektor Gunting Rambut, Hair Dresser dan Salun Kecantikan dalam tempoh PKP baru-baru ini?
  16. Bagaimanakah caranya orang ramai mahu menyalurkan maklumat mengenai harga barangan terkawal dan sebutkan laman web tersebut yang anda tahu.
  17. Sebutkan nama Perdana Menteri dan YDP Agong dengan betul dan lengkap.
  18. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke negeri yang lebih jauh daripada tempat tinggal sekarang dan nyatakan sebab-sebabnya.

Dapatkan 18 Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguat Kuasa Gred KP29 KPDNHEP Disini

Ingin dapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan KPDNHEP? Anda boleh layari portal rasmi KPDNHEP dan dapatkan maklumat yang diperlukan sebelum anda hadir temuduga anda. Semoga anda semua berjaya dalam temuduga dan jangan lupa amalkan tips temuduga yang dikongsikan.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image