10 Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA Untuk Rujukan Peperiksaan

27,516

10 Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA Untuk Rujukan Peperiksaan.

Seksyen Psikometrik bakal menguji calon dengan soalan-soalan yang bakal menguji personaliti dan sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan. Di bawah merupakan antara contoh soalan Psikometrik SPA yang boleh anda jadikan rujukan awal.

Tahu tak anda, Ujian Psikometrik SPA diaplikasikan dalam pelbagai peperiksaan pelbagai jawatan kemasukan kerja kerajaan. Ini untuk menentukan personaliti ideal calon yang bakal menjawat sesuatu jawatan.

Baca juga: 20 Contoh Soalan Psikometrik SPA Untuk Rujukan Kerja Kerajaan

Ia merupakan seksyen wajib perlu dijawab di dalam peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Pendaftaran KP19, Pembantu Arkib, Penghantar Notis, Pegawai Penilaian, Separa Perubatan dan pelbagai jawatan lain.

Ujian Psikometrik SPA akan digunakan untuk menapis calon-calon yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang kerjaya yang dipilih.

TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA DIADAKAN?

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.

Penilaian Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Seksyen Sahsiah dan Minat dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.

Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Separa Perubatan.

Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 atau 4 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;

  • Kemahiran Berfikir
  • Sikap
  • Perwatakan
  • Emosi
  • dan lain-lain

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.

Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.

PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK SPA

Panduan peperiksaan Psikometrik SPA merupakan satu-satunya panduan utama yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.

Panduan ini mengandungi nota berkaitan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik SPA lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon peperiksaan.

Contoh Soalan Psikometrik SPA turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Psikometrik nanti.

Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Psikometrik dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan Psikometrik dari masa ke semasa.

Buat persediaan dari sekarang dengan mendapatkan panduan peperiksaan Psikometrik SPA di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19

TEMPAH SEKARANG

HARGA PANDUAN SOALAN PSIKOMETRIK SPA

Untuk makluman, panduan ini cuma berharga RM40 sahaja. Ia dalam bentuk ebook (softcopy) di mana anda boleh download di laman khas nanti.

CONTOH SOALAN MATEMATIK PSIKOMETRIK & JAWAPAN

Soalan di bawah merupakan versi update dengan jawapan di setiap soalan. Anda boleh cuba lihat contoh soalan dan cuba jawab tanpa melihat jawapan dahulu. Dapat tak anda mencari jawapannya.

Sila bandingkan jawapan anda dengan jawapan yang telah disediakan.

CONTOH SOALAN MATEMATIK PSIKOMETRIK SPA

Penilaian Ujian Psikometrik SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Berikut merupakan contoh soalan yang mungkin di tanya dalam ujian.

Untuk menjawab dengan lebih mudah, anda perlulah download contoh soalan Psikometrik SPA di bawah dan cuba menjawab setiap soalan yang diberikan.

1. Akmal membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk
kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Akmal membeli
dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas
menggunakan kupon diskaun?

A. RM5,640.00
B. RM7,540.00
C. RM4,640.00
D. RM5,540.00

JAWAPAN: A

CARA KIRA:

Jawapan : A. RM 5640.00
Jumlah potongan
= 6 % x RM6000
= RM 360
Harga sebuah Sofa
= RM 6000 - 360
= RM 5640

 

2. Sally memerlukan 1 m tali untuk mengikat 4 kotak buah. Berapakah panjang reben yang diperlukannya untuk mengikat 350 kotak buah ?

A. 7.85 m
B. 78.5 m
C. 87.5 m
D. 8.75 m

JAWAPAN: C

CARA KIRA:

Jawapan : C. 87.5 m
¼ = 0.25 m reben untuk 1 kotak hadiah
3 kotak hadiah
= 0.25 x 350
= 87.5 m

 

3. Dalam sebuah tadika terdapat seramai 40 murid. 40% telah mendapat penyakit kaki mulut dan tangan. ¼ daripadanya sihat dan selebihnya demam. Berapakah jumlah kanak-kanak yang demam?

A. 16 orang
B. 18 orang
C. 17 orang
D. 24 orang

JAWAPAN: B

CARA KIRA:

Jawapan : B. 18 orang
Jumlah Murid sakit mulut kaki dan tangan
= 40 % x 40
= 16 orang
Kanak-kanak sihat
= ¼ x (40-16)
= 6 orang
Jumlah kanak-kanak demam
= 40 – 16 – 6
= 18 orang

 

4. Dalam sebuah pejabat mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah
pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan.
Berapakah jumlah pekerja selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?

A. 30 orang
B. 35 orang
C. 38 orang
D. 49 orang

JAWAPAN: C

CARA KIRA:

Jawapan : C. 48 orang
Jumlah pengurusan & atasan
= 25% + 15%
= 40%
Jumlah selain pengurusan & atasan
= 100% - 40%
= 60%
= 0.6 x 80
= 48 orang

 

5. Zakiah mencatat skor 82,91,86 dan 88 dalam empat kertas Ujian
pertengahan tahun. Berapakah markah yang harus dia capai dalam
kertas kelima untuk mendapatkan purata markah 85?

A. 78
B. 82
C. 83
D. 86

JAWAPAN: A

CARA KIRA:

Jawapan : A. 78
(82 + 88 + 86 + 91 + M ) / 5 = 85
347 + M = 425
M = 425 - 347
M = 78

 

6. Sekiranya harga minyak masak meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga minyak tersebut?

A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%

JAWAPAN: D

CARA KIRA:

Jawapan : D. 36.03%
= (3.70-2.72) ÷ 2.72
= 0.98 ÷ 2.72 x 100
= 36.03 %

 

7. Dalam sebuah kelas 3 Kejora ada 50 orang murid, 80% daripada murid
telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan
murid yang lulus dalam kuiz tersebut?

A. 23
B. 32
C. 20
D. 25

JAWAPAN: C

CARA KIRA:

Jawapan : C. 20
80% x 50 = 40 orang memasuki kuiz
Murid lulus kuiz = 2 – 1/2 = 1/2
Murid lulus kuiz
= 1/2 x 40 orang murid
= 20 orang murid lulus

 

8. Di dalam sebuah kelas, terdapat 10 orang berat 35 kg,
20 orang berat 40 kg. Berapakah purata berat semua pelajar dalam
kelas tersebut?

A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg

JAWAPAN: C

CARA KIRA:

Jawapan : C. 38.33 kg
Purata berat
= Berat keseluruhan pelajar Alpha ÷ Jumlah pelajar Alpha
= ((35 x 10) + (20 x 40)) ÷ 30 orang
= 1150 ÷ 30
= 38.33 kg

 

9. Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6)

A. -72
B. -60
C. -54
D. -46

JAWAPAN: A

CARA KIRA:

Jawapan : A. - 72
Rule matematik : Selesaikan yang dalam kurungan
= 144 ÷ (12) x (- 6)
= - 72

 

10. Zaza mempunyai RM 220. Dia membelanjakan semua wangnya
untuk membeli M buah buku dengan harga RM22 seunit dan N helai
pensil dengan harga RM 2 seunit. Persamaan yang menyambungkan P
dan Q ialah

A. N + 11M = 110
B. 11M + 2N = 220
C. M + N = 22
D. 22M + N = 120

JAWAPAN: A

CARA KIRA:

22M + 2N = 220
Dipermudahkan
= (22M + 2N = 220 ) ÷ 2
= 11M + N =110

 

Pastikan anda cuba jawab soalan di atas terlebih dahulu. Dapat tak jawapan seperti yang diberikan. Pastikan juga anda dapatkan panduan Peperiksaan Soalan Psikometrik SPA yang pihak kami keluarkan di atas.

JOIN CHANEL TELEGRAM PSIKOMETRIK SPA

Calon peperiksaan Psikometrik SPA, pastikan anda join chanel Telegram Psikometrik SPA rasmi di bawah.

TELEGRAM PSIKOMETRIK

Segala hebahan tips dan contoh soalan akan dilakukan juga ke chanel Telegram.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image