Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PPT N29

357

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PPT N29.

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

  1. i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

  1. ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Anda juga boleh download contoh soalan Pengetahuan AM Penolong Pegawai Tadbir N29.

Di bawah kami sertakan beberapa contoh soalan sebenar Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PPTN29 yang ditanya dalam peperiksaan lepas untuk rujukan anda.

TARIKH TEMPAHAN DI BUKA

Untuk makluman tempahan akan di buka pada 11 Ogos nanti atau lebih awal dari itu. Kami dalam proses kemaskini akhir nota dan soalan untuk disesuaikan dengan format 2018. 

Kami akan mula hebahkan kepada semua calon yang terlibat. Tunggu makluman rasmi dari kami atau anda boleh terus ke laman di atas pada tarikh yang ditetapkan.

Calon yang telah mendaftar dalam sistem tempahan boleh mendapatkan panduan PPTN29 melalui pautan khas yang akan dihantar ke email anda.

Sebenarnya link khas telah disediakan untuk semua calon yang telah mendaftar ke dalam sistem mailing di laman utama pegawaitadbir.com, examptd.info dan juga kerjaya.co. Tempahan anda perlulah melalui pautan yang pihak kami hantar.

HARGA PANDUAN

Untuk makluman, panduan ini cuma berharga RM40 sahaja. Ia dalam bentuk ebook (softcopy) di mana anda boleh download di laman khas nanti.

SOALAN & JAWAPAN

Soalan di bawah merupakan versi update dengan jawapan di setiap soalan. Anda boleh cuba lihat contoh soalan dan cuba jawab tanpa melihat jawapan dahulu. Dapat tak anda mencari jawapannya.

Sila bandingkan jawapan anda dengan jawapan yang telah disediakan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image