Mengapa Anda Ingin Minat Bekerja Dengan Kerajaan?
Soalan ini simple tetapi kalau salah jawab, hilang markah temuduga anda hari ini. Bagaimana pula untuk menjawab soalan ini dengan memberikan jawapan yang betul serta boleh menarik perhatian penemuduga?
Anda boleh dapatkan beberapa contoh jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada penemuduga sekiranya anda diajukan dengan soalan ini.
Baca juga mengenai 10 soalan femes yang sering ditanya dalam temuduga kerajaan disini.
Contoh Jawapan
Berikut adalah beberapa contoh jawapan bagi soalan “Mengapa Anda Ingin Bekerja Dengan Kerajaan?” :
-
“Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Walaupun gaji kerja kerajaan tidak setinggi kerja swasta, tetapi bagi saya ia merupakan satu pekerjaan yang terjamin masa depan. Saya juga tidak berisiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.”
-
“Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.”
-
“Saya tidak boleh lepaskan peluang ini. Saya yang memohon untuk jawatan ini. Malahan beribu-ribu permohonan yang dihantar saya antara yang terpilih dipanggil untuk temuduga. Saya mohon sebab saya hendakkan jawatan ini.Saya minat dan jawatan ini sesuai dengan kelayakan akademik saya. So this a chance to enter in the goverment sector. Ini sebagai langkah pertama. Tak boleh lepaskan peluang yang ada.”
-
“Saya memang minat kerja kerajaan. Saya suka tengok persekitaran kerja goverment sector. At least saya dapat menyumbang sesuatu kepada kerajaan. Kalau majoriti syarikat swasta pekerjanya bertungkus-lumus berkerja untuk mencapai keuntungan syarikat. Tetapi sektor kerajaan lebih kepada memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Cuba untuk membantu dan memenuhi kepuasan pelanggan iaitu rakyat melalui perkhidmatan yang terbaik.”
-
“Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara,bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.”
-
“Seperti yang saya tahu, apabila saya bekerja dalam sektor awam, saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang. Pastinya pihak kerajaan memberi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya saya dapat menyumbang ilmu baharu dalam perkhidmatan awam sendiri.”
-
“Setiap orang pastinya mahukan perkembangan kerjaya apabila mendapat kerja dalam sektor awam. Jadi, saya juga inginkan kenaikan pangkat dan juga gaji yang menjamin masa hadapan saya. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan -kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.”
Jawapan Yang Perlu Dielakkan
Sekiranya anda mendapat soalan ini, elakkan untuk menjawab dengan jawapan seperti :
- “Saya minat kerja kerajaan kerana ayah saya yang menyuruh saya kerja kerajaan.”
- “Saya sebenarnya sekadar mencuba nasib sahaja. Tak sangka pula sampai dapat temuduga ini.”
- “Saya ikut kawan sahaja ketika mengisi permohonan untuk jawatan ini. Jadi, bila dapat temuduga ini, cuba sajalah. Mana tahu rezeki saya, saya dapat kerja ini.”
- “Dengar kata banyak kelebihan dari segi buat loan bank. Kalau dapat kerja ini, bolehlah saya mohon loan untuk beli kereta baru.”
- “Saya boleh bercuti dan melancong ke sana sini apabila bekerja dengan kerajaan. cuti banyak, tidak sama sperti kerja dengan swasta. Cuti pun tidak dipotong gaji.”
Jadi, pertimbangkan untuk memberikan jawapan yang terbaik kepada panel penemuduga anda. Memang nampak mudah, tetapi berhati-hati ketika memberikan jawapan kepada penemuduga.