Info Kerjaya Malaysia

Rujuk Sini Untuk Dapatkan Ciri Baju Kurung Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga

16,553

Baju Kurung Sesuai Di Pakai Ketika Hadir Temuduga

Pakaian yang sesuai dipakai untuk hadir temuduga terutamanya temuduga kerajaan, adalah berbaju kurung. Pastinya simple dan selamat serta nampak lebih kemas berbanding pakaian lain. Apakata kita sama-sama lihat apakah ciri-ciri baju kurung yang sesuai untuk dipakai ketika temuduga nanti.

Rujuk Sini Untuk Dapatkan Ciri Baju Kurung Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga

Sumber : Puan Emi Idura Che Hashim

Ciri-Ciri Baju Kurung Yang Sesuai Ketika Hadiri Temuduga

  • Untuk kelihatan kemas dan terletak, baju kurung yang diperbuat daripada fabrik ‘suiting’ sesuai untuk dipakai kerana ia nampak solid dan cantik apabila dipakai. Fabrik yang sesuai adalah yang diperbuat daripada linen, thai silk dan cotton .
  • Jangan sesekali memakai baju kurung atau jubah yang diperbuat daripada kain likra, jersey atau denim kerana ia menunjukkan bentuk tubuh badan calon wanita.
  • Baju kurung yang sesuai adalah jenis kosong atau polos, bertekstur atau berjalur. Elakkan baju kurung yang bercorak bunga, gambar binatang atau corak yang terlalu besar.
  • Baju kurung jenis, lembut dan beralun-alun seperti kain sifon atau satin juga tidak sesuai untuk dipakai ketika temuduga. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang lemah gemalai serta tidak tegas dalam pendirian serta membuat tugasan. Ia mengurangkan kredibiliti diri terutamanya anda yang memohon jawatan dalam pengurusan yang tertinggi.
  • Jangan memakai baju kurung yang terlalu terang seperti ingin menghadiri majis perkahwinan pula. Anda digalakkan untuk memakain baju kurung yang berwarna lembut atau ton warna yang sedikit gelap.
  • Elakkan daripada memakai baju kurung yang terlalu banyak aksesori atau labuci berkelip-kelip atau tampalan bunga yang besar-besar. Nampak cantik dan menarik tetapi tidak sesuai untuk temuduga.
  • Baju kurung jenis mengikut badan atau mencerut dibahagian pinggang sehingga menonjolkan bahagian tubuh badan yang tertentu juga sangat tidak sesuai untuk dipakai ketika hadir temuduga.
  • Warna baju kurung yang terlalu banyak dan sangat berwarna warni juga tidak sesuai untuk anda pakai ketika anda hadir temuduga. Anda boleh memilih baju kurung yang tidak lebih daripada 3 jenis warna sahaja. Tahukah anda bahawa pakaian yang berwarna warni boleh menghilangkan fokus penemuduga dan kelihatan serabut.
  • Baju kurung terlalu bersinar sehingga mata penemuduga terasa silau juga dilarang dipakai ketika temuduga anda. Jadi, jangan memakai baju kurung yang terlalu silau ya.
  • Akhir sekali, pakailah baju kurung yang agak longgar dan masih lagi nampak kemas serta menunjukkan penampilan diri yang diperlukan oleh seorang majikan. Elakkan memakai baju kurung yang ketat ketika temuduga anda. Ini bukan fashion show.

Rujuk Sini Untuk Dapatkan Ciri Baju Kurung Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga

Klik sini untuk dapatkan rujukan warna pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika temuduga anda nanti.

close-image