Info Kerjaya Malaysia

CGPA Rendah Bukan Bermakna Anda Malas atau “Bodoh”. Tunjuk Perkara Ini Untuk Tawan Hati Majikan

3,223

CGPA Rendah Bukan Bermakna Anda Malas atau “Bodoh”

Ramai saja graduan diluar sana yang mempunyai CGPA rendah tetapi mempunyai pekerjaan yang bagus, baik dan menyandang jawatan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa CGPA yang rendah bukan bermakna anda sorang yang malas atau bodoh dimata orang lain. Sekiranya CGPA rendah, apa yang perlu anda tonjolkan supaya menarik perhatian majikan ketika temuduga atau membaca resume anda nanti?

Untuk dapatkan tips yang berkaitan dengan pointer biasa-biasa tetapi boleh dapatkan pekerjaan yang baik, anda boleh baca tips tersebut disini.

CGPA Rendah Bukan Bermakna Anda Malas atau “Bodoh”. Tunjuk Perkara Ini Untuk Tawan Hati Majikan

Tonjolkan Kelebihan Anda

Apakah kelebihan yang perlu ditonjolkan kepada majikan di dalam resume dan ketika temuduga? Dapatkan 4 tips berikut untuk menonjolkan kelebihan anda.

1. Tonjolkan Kemahiran Anda

Lupakan sebentar tentang CGPA rendah anda. CGPA yang rendah tidak bermaksud anda gagal dalam kehidupan anda. Pastinya anda mempunyai pelbagai kemahiran yang unik dan lain daripada orang lain. Kemahiran tersebut tidak terletak pada kemahiran  teknikal sahaja, tetapi tonjolkan kemahiran insaniah (sof skill) yang ada pada anda seperti :

  • Public speaking
  • Penganalisis
  • Boleh menyelesaikan masalah
  • Menepati masa
  • Berkepimpinan

Padankan kemahiran yang ada pada anda dengan jawatan yang dipohon. Pastinya majikan tertarik dengan kelebihan skill yang ada pada anda dan tidak ada pada orang lain.

2. Dapatkan Pengalaman Dari Syarikat Ternama

Dalam dunia pekerjaan kini, mempunyai pengalaman bekerja menjadi fokus utama yang diperlukan oleh majikan berbanding CGPA. Ini kerana kebanyakan majikan perlukan seorang pekerja yang berpengalaman untuk melakukan tugasan yang diberikan.

Apabila majikan mengetahui anda pernah bekerja disebuah syarikat yang ternama, apa anggapan mereka? Wow! Pekerja yang hebat dan berpengalaman daripada sebuah syarikat yang ternama bakal menyertai mereka.

Ingin tahu sebabnya? Seorang pekerja yang boleh berdikari menjimatkan masa, tenaga dan wang sesuatu syarikat kerana tidak memerlukan staf yang lain untuk memberi tunjuk ajar dalam tempoh yang lama. Jadi, ia menjimatkan masa dan staf yang berpengalaman dapat menyiapkan tugasnya dalam tempoh yang ditetapkan berbanding perlu meluangkan masa dalam tempoh yang panjang untuk mengajar staf baru.

3. Aktif Dalam Aktiviti Luar

Sudah pastinya anda juga seorang yang aktif dalam aktiviti luar sama ada di dalam kampus atau luar kampus. Pelbagai aktiviti luar yang boleh menonjolkan kelebihan dan kemahiran dimana anda dapat mengumpulkan pelbgai pengalaman yang dapat mengasah bakat anda yang sedia ada. Malahan, anda juga dapat mengasah bakat anda dalam bidang sosial terutamanya kemahiran komunikasi serta kreativiti yang ada pada anda selama ini.

Masukkan kelebihan seperti menjadi pemimpin ketika melaksanakan sesuatu aktiviti ke dalam resume dan ketika temuduga supaya majikan dapat melihat kelebihan serta kemahiran untuk menjawat jawatan tersebut.

4. Menjadi Seorang Sukarelawan

Tahukah anda menjadi seorang sukarelawan dapat menonjolkan kelebihan dan kemahiran unik anda yang tidak ada pada orang lain? Tidak semua orang mempunyai keinginan dan sifat ingin membantu orang lain. Sifat ini sebenarnya sangat diperlukan oleh majikan pada masa kini.

Ini kerana anda mempunyai beberapa kemahiran insaniah yang tidak ada pada orang lain iaitu skill :

  • Mengubah orang lain untuk menjadi lebih baik.
  • Mempunyai sifat ingin membantu orang lain.
  • Mempunyai kesabaran yang tinggi dalam melakukan tugasan.
  • Bersifat kempimpinan yang tinggi dan boleh memimpin pasukan menjadi lebih baik.

Dan, percayalah bahawa dengan memasukkan 10 skill ini dalam resume, majikan akan teruja dengan anda dan terus panggil anda untuk bekerja dengan mereka. Apakah 10 skill tersebut?Klik sini untuk dapatkan 10 skill tersebut dengan lebih lanjut.

CGPA Rendah Bukan Bermakna Anda Malas atau “Bodoh”. Tunjuk Perkara Ini Untuk Tawan Hati Majikan

Jadi, jangan jadikan CGPA yang rendah sebagai satu halangan untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baik serta menjawat jawatan yang lebih tinggi. Anda juga punyai kelebihan dan kemahiran yang jauh kebih baik daripada orang lain. Tonjolkan dalam resume anda dan ketika temuduga anda. Semoga berjaya.

Tidak tahu untuk menyediakan resume dengan mudah ringkas dan terbaik? Klik sini dan download sahaja template yang disediakan.

close-image