Cara-Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG. Mudah Dan Cepat

1,192

Cara-Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG. Mudah Dan Cepat

Seperti yang sedia maklum, orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu secara online seawal 9 Oktober 2020. Manakala bagi lesen memandu CDL pula mulai 16 Oktober 2020 iaitu hari ini. Namun tidak semua jenis lesen boleh di renew secara online seperti Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Bagaimanakah caranya untuk memperbaharui lesen memandu secara online melalui MyEG ini?

Terdapat beberapa syarat serta dokumen yang diperlukan untuk renew lesen memandu anda secara online.

Syarat Renew Lesen Memandu Melalui MyEG

Syarat yang ditetapkan untuk renew lesen memandu secara online ialah :

  • Tempoh renew yang dibenarkan adalah selama 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklist)

Dokumen Sokongan

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk renew lesen memandu secara online ialah :

  • Mykad / Pasport pemohon atau salinan sekiranya urusan melalui wakil
  • Pengenalan diri asal wakil
  • Lesen memandu asal / salinan
  • Dokumen pengenalan diri wakil yang asal
  • 1 Gambar warna (latar belakang putih) berukuran 25mm x 32mm
  • Memegang pasport yang masih sah (untuk warga asing)

Cara Renew Lesen Secara Online Melalui MyEG

Cara-cara untuk renew lesen memandu secara online melalui MyEG ialah :

  • Klik laman web : MYEG
  • Kemudian klik LOG MASUK
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk log masuk

Kadar Bayaran

Bayaran yang dikenakan untuk renew lesen secara online ialah :

  • RM20 / Tahun : Kelas B2, B & C (Kelas A / A1 : RM2)
  • RM30 / Tahun : Kelas D & ke atas (Warganegara)
  • RM120 : Kelas B2, B, C, D, DA, F. G, H, I (Bukan warganegara)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saluran berikut :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image