Cara Menjawab Soalan “Berapakah Gaji Yang Anda Inginkan?” Semasa Temuduga

15,748
Jangan ghairah untuk jawab sekiranya anda disoal tentang jumlah gaji yang diingini semasa temuduga. Ini kerana soalan tersebut merupakan soalan “tricky” ataupun perangkap daripada penemuduga. Untuk makluman anda, soalan berkaitan jumlah gaji adalah merupakan salah satu contoh soalan yang tidak molek untuk dibincangkan semasa temuduga. Oleh itu, anda janganlah sesekali bertanya kepada penemuduga tentang berapakah gaji yang bakal anda terima sekiranya anda diterima bekerja dengan syarikat mereka. Bukan anda sahaja, penemuduga juga sebenarnya tidak digalakkan untuk bertanya tentang jumlah gaji. Jadi, jika penemuduga bertanyakan soalan seperti itu, maka soalan tersebut adalah soalan perangkap.

JANGAN JAWAB BEGINI…

Namun, jangan pula anda jawab begini, “Saya tidak akan menjawab soalan itu kerana tuan/puan tidak sepatutnya tanya soalan itu.” Hal ini akan menyebabkan penemuduga mula memandang serong terhadap anda. Anda perlu menjawab semua soalan yang ditanyakan oleh penemuduga termasuklah soalan tentang jumlah gaji ini. Namun, cara yang anda gunakan untuk menjawab itu mestilah bijak untuk memastikan anda terlepas daripada perangkapnya.

INI SKRIP JAWAPAN YANG SEBAIKNYA…

Dalam artikel ini akan dikongsikan cara untuk menjawab soalan “Berapakah Gaji Yang Anda Inginkan?” semasa temuduga. Berikut merupakan contoh-contohnya.

“Saya Lebih Selesa Sekiranya Tuan Sendiri Yang Memberikan Julat Gaji Untuk Jawatan Ini?”

Jawapan ini menandakan anda telah memberikan kuasa kepada penemuduga tersebut untuk menentukan jumlah gaji anda. Penemuduga akan menganggap anda sebagai merendah diri dan tidak tamak. Namun jawapan di atas akan menjadi lebih baik sekiranya anda menjawab seperti di bawah;

“Jumlah Gaji Kasar Saya Di Tempat Kerja Lama Adalah Sebanyak RM2,500. Bolehkah Tuan Berikan Julat Gaji Untuk Jawatan Ini?”

Jika diteliti, bentuk jawapan ini lebih kurang sama sahaja dengan jawapan sebelumnya tetapi jawapan ini lebih ‘details’ dan tidak memeningkan penemuduga. Anda telah memberitahu jumlah gaji anda di tempat kerja lepas. Jadi, penemuduga tidak perlu pening kepala memikirkan berapakah julat gaji yang perlu diletakkan. Beliau sudah ada ‘benchmark’ iaitu jumlah kasar gaji anda sebelum ini.

“Saya Rasa Terlalu Awal Untuk Membincangkan Isu Jumlah Gaji Ini. Saya Lebih Selesa Sekiranya Kita Berbincang Tentang Pengalaman Kerja Serta Skil Set Terlebih Dahulu.”

Jawapan ini sebenarnya merupakan jawapan paling selamat yang boleh anda pilih. Melalui jawapan ini, anda sebenarnya telah menolak untuk berbincang tentang jumlah gaji sebaliknya anda lebih gemar menonjolkan skil anda. Jadi, anda akan dilihat sebagai seorang yang tidak gopoh dan profesional.

“Saya Tidak Kisah Tentang Bayaran Gaji. Fokus Saya Kini Adalah Untuk Memberikan Khidmat Yang Terbaik Untuk Syarikat.”

Inilah jawapan terbaik dan sangat disukai oleh penemuduga. Anda telah menunjukkan minat serta komitmen yang tinggi untuk berkhidmat dengan syarikat tersebut. Namun, harus diingat bahawa dengan memberikan jawapan seperti ini, anda telah memberikan kebebasan kepada penemuduga untuk menentukan jumlah gaji anda sesuka hatinya. Berkemungkinan penemuduga boleh meletakkan jumlah gaji yang rendah. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, beritahu jumlah gaji yang anda terima di tempat kerja lama anda. Secara tidak langsung anda seolah-olah telah memberitahu penemuduga bahawa anda menginginkan gaji yang lebih tinggi daripada gaji sebelum ini. Semoga contoh-contoh jawapan yang dikongsi ini dapat memberikan panduan buat anda bagi menjawab soalan perangkap daripada penemuduga tentang jumlah gaji. Anda perlulah bijak dalam melepaskan diri daripada soalan perangkap penemuduga. Selamat berjaya!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image