Permohonan Jawatan Atendan Hospital/Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Dengan Menggunakan Sijil PMR/PT3/SRP
Bagi lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang berminat untuk kerja kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh menceburi kerjaya Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.
Namun sebelum anda memohon jawatan ini pastikan anda baca panduan lengkap ini untuk mengetahui syarat-syarat permohonan jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, bidang tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 dan juga cara-cara untuk memohon jawatan ini.
Untuk memohon, anda hanya perlu memiliki sijil PMR atau PT3 sebagai kelayakan akademik.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang telah ditetapkan. Pastikan anda telah memenuhi semua syarat berikut sebelum anda memohon.
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Mepunyai Kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00). - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
Adalah penting untuk anda mengetahui bidang tugas pembantu perawatan Gred U11 sebelum anda mengisi permohonan secara online. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 secara umum.
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
TUGAS-TUGAS AM
- Ketik kad kehadiran kerja masa masuk dan keluar.
- Melaporkan kehadiran pada ketua unit atau jururawat bertugas.
- Serahkan/ambil tugas kepada rakat sejawat.
- Kemas katil dan kebersihan sekitar wad.
- Kemas dan bersihkan katil pesakit discaj.
- Tukar dan ikat beg linen yang sudah penuh.
- Pastikan oksigen dan suction berfungsi dan bersih.
- Bersihkan peralatan perubatan dan bukan perubatan.
- Menyediakan air kepada pesakit mengikut waktu dan .keperluan.
- Ambil dan hantar troli makan dari unit sajian.
- Kutip dan cuci tray selepas pesakit selesai makan.
- Bersihkan peti sejuk dan peralatan steril ikut jadual.
- Berhubung baik dengan pesakit, famili pesakit dan unit-unit lain.
- Hadir ke mesyuarat unit, perhimpunan di waktu pagi dan program untuk menambah ilmu pengetahuan.
- Membaca dan menurunkan tanda tangan surat pekeliling, minit mesyuarat dan melaksanakan arahan pegawai atasan/ketua wad.
- Hadir ke program anjuran hospital seperti kelab sukan, aktiviti 5S, gotong royong, akreditasi dan lain-lain.
- Hantar dan ambil barang dari atau ke pejabat am, farmasi, makmal, rekod, stor, unit hasil, x-ray dan pejabat penyelia jururawat.
TUGAS-TUGAS KHAS
- Tugas klinikal menurut tahap 1, 2 dan 3.
- Senarai tugas klinikal di wad tahap 1, 2 dan 3.
- Senarai tugas klinikal di unit tertentu tahap 3 contohnya mortuary, phsysioterapi.
PENTING: HANYA ISI KELAYAKAN TERTINGGI SPM SAHAJA
Untuk mohon jawatan Atendan KKM yang diiklankan pastikan anda hanya mengisi kelayakan tertinggi akademik tahap SPM sahaja selain dari kelayakan PMR/PT3/SRP anda.
Anda tidak perlu isi kelayakan selain dari SPM. Jika anda letakkan kelayakan akademik tertinggi seperti STPM, Diploma atau Ijazah maka anda tidak akan layak untuk memohon jawatan ini.
Ini kerana kesemua permohonan adalah berdasarkan kepada prinsip one step lower sahaja, Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil (bergantung kepada syarat lantikan).
Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC (bergantung kepada syarat skim lantikan) dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM STP/STPM/STAM/HSC berkenaan.
Jadi berdasarkan prinsip one step lower di atas, untuk jawatan yang mensyaratkan kelayakan PMR anda hanya perlu mengisi kelayakan akademik tertinggi SPM sahaja untuk memohon jawatan terlibat.
CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi bahagian permohonan.
Calon perlu mendaftar permohonan secara online. Berikut diterangkan cara-cara untuk anda daftar.
1.) Layari laman web Portal rasmi SPA. Ke bahagian Pendaftaran Pekerjaan seperti di bawah.
2.) Klik pada butang Daftar Akaun Baru dan anda perlu mengisi nama serta nombor kad pengenalan anda dengan tepat seperti dalam kad pengenalan anda.
3.) Kemudian anda perlu mencipta ID serta kata laluan anda sendiri. Setelah myID dan kata laluan anda sah, anda perlu menggunakan myID dan kata laluan tersebut untuk tujuan log masuk.
4.) Setelah berjaya log masuk, anda perlu melengkapkan semua butiran-butiran yang diperlukan dalam borang permohonan tersebut.
5) Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan terutama yang bertanda *. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
6) Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel.
Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Antara maklumat yang perlu diisi pemohon termasuklah:
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Akademik (isi bahagian PMR/PT3/SRP dan SPM sahaja)
- Maklumat Ko-Kurikulum
- Maklumat Tambahan seperti kebolehan bahasa
PENGAMBILAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN 2020
Untuk makluman anda, permohonan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 sesi 2020 telah di buka.
Terdapat 1407 kekosongan ditawarkan ambilan bagi sesi 2020. Anda boleh terus mengemukakan permohonan rasmi melalui portal SPA Malaysia.
Pastikan anda pilih jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 sebagai pilihan jawatan semasa anda mengemukakan permohonan nanti.
Berikut merupakan iklan permohonan rasmi Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang dikeluarkan oleh SPA Malaysia.
IKLAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
Anda boleh rujuk iklan pengambilan Atendan Hospital sesi lepas melalui pautan berikut iklan jawatan kosong terkini Atendan atau Pembantu Perawatan Kesihatan U11.