Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan. Ini Cara Kiraannya

Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan

Tahukah anda bahawa anda wajib untuk membayar zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji anda? Ia merupakan satu bentuk aktiviti ekonomi  yang utama pada masa ini dan pekerjaan makan gaji merupakan satu kebiasaan pada masa kini.

Pada 22 Jun 1997, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersidang bagi membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional dan muzakarah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

Jadi, jangan lupa untuk membayar zakat pendapatan anda ya.

Cara Mengira Zakat Pendapatan

Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.

Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan. Ini Cara Kiraannya

Anda juga boleh mengira zakat pendapatan melalui online seperti :

  • Klik Zakat Kalkulator untuk buat kiraan atau semakan jumlah zakat secara online.
  • Masukkan maklumat jumlah pendapatan atau gaji tahunan anda.

Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan. Ini Cara Kiraannya

  • Masukkan jumlah perbelanjaan tahunan anda.
  • Paparan jumlah zakat yang perlu dibayar pada skrin anda.

Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan. Ini Cara Kiraannya

Panduan Login Sistem Portal Zakat

Cara Membayar Zakat Pendapatan

Anda boleh membuat bayaran zakat pendapatan anda di :

Like dan Ikut Facebook Kami dan follow Telegram Portal SPA9 untuk capaian pantas kekosongan daripada kami sekarang.
  • Kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ-MAIWP
  • Kaunter Van Bergerak
  • Skim Potongan Gaji (Skim Thohir)
  • Bank (Kaunter, Perbankan Internet, Mesin ATM)
  • Firma Mata & Firma Audit
  • MYEG
  • KIRIMAN POS
  • Kaunter Pejabat Pos di Seluruh Wilayah Persekutuan
  • Cek Post-Dated
  • Koperasi Angkasa
  • “Trustee” Terpilih

Info & Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat dan info selanjutnya, anda boleh terus menghubungi talian zakat di :

  • 1-300-88-5757

Atau terus ke kuanter Pusat Zakat Negeri yang terdekat dengan anda.

You might also like
close-image