Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2024 Secara Online di Buka

167,307

Permohonan Online Guru Tabika KEMAS merupakan permohonan jawatan Pemaju Masyarakat atau Guru yang boleh dilakukan secara terus melalui laman Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Jawatan ini dibuka permohonan untuk seluruh warganegara Malaysia yang layak dan sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menawarkan jawatan Guru Tabika KEMAS buat semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda berminat, bolehlah anda mohon jawatan ini secara online melalui pautan yang disediakan di bawah. Di dalam artikel ini, anda akan diberi panduan secara teliti tentang cara-cara mengemukakan permohonan Guru Tabika KEMAS.

Permohonan Guru Tabika Kemas

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN GURU TABIKA KEMAS

Sebelum anda mengemukakan permohonan, pastikan anda memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KEMAS. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2024 terbuka kepada calon lelaki atau perempuan. Yang telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip. Nilai CGPA 2.70 ke atas dan tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN GURU TABIKA KEMAS

Berikut merupakan cara-cara untuk anda mengemukakan permohonan jawatan guru tabika KEMAS 2021:

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman https://kis.kemas.gov.my/ ~ pautan disediakan di akhir artikel ini.
  • Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan
    akan ditolak;
  • Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di
    https://kis.kemas.gov.my/ sahaja yang akan diterima.

PROSES TAPISAN PERMOHONAN

  • Pemohon yang terpilih sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon yang telah menjalani temuduga juga akan dihubungi jika berjaya.
  • Pemohon yang berjaya akan menjalani Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK)

SEMAKAN KEPUTUSAN DAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN GURU TABIKA KEMAS

Untuk menyemak keputusan permohonan anda dan untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web rasmi KEMAS dari masa ke semasa.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN GURU KEMAS

PERMOHONAN ONLINE GURU TABIKA KEMAS 2024

Untuk pengetahuan anda, permohonan online Guru Tabika KEMAS boleh dibuat melalui pautan di bawah.

IKLAN PENUH JAWATAN

close-image