Info Kerjaya Malaysia

Bagaimana Menjawab Soalan Temuduga “Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu?”

1,092

Bagaimana Menjawab Soalan Temuduga “Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu?”

Terkedu juga apabila disoal dengan soalan “Perkara apakah yang memotivasikan kamu?”. Ini kerana kebanyakan calon lebih bersedia dengan soalan-soalan asas yang sering disoal dimana-mana sahaja temuduga dijalankan. Jadi, pentingnya disini anda membuat persediaan dengan soalan-soalan lain yang mungkin akan ditanya ketika temuduga nanti.

Mari kita lihat dahulu bagaimanakah caranya untuk menjawab soalan mengenai motivasi sekiranya disoal oleh panel penemuduga.

Bagaimana Menjawab Soalan Temuduga _Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu__

Cara Menjawab Soalan Temuduga “Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu?”

Untuk menjawab soalan ini, apa yang perlu anda lakukan ialah :

Membaca Deskripsi Tugas

Mengapa anda perlu membaca deskripsi tugas jawatan yang dipohon terlebih dahulu? Ini kerana terdapat pernyataan dimana bakal majikan mungkin memerlukan seorang pekerja yang berdikari dan bermotivasi tinggi. Jadi, anda boleh jadikan senarai tugasan dan pernyataan yang diiklankan sebagai jawapan untuk menjawab soalan ini.

Contohnya :

” Apa yang saya lihat, syarikat ini ingin menjadi pengeluar barangan elektrik yang paling maju di Malaysia. Jadi, sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang inovasi, saya ingin berkongsi idea yang sentiasa segar dengan syarikat ini untuk menjadikan misi dan visi tercapai dalam masa yang akan datang. ”

Fikirkan Idola Anda

Anda juga boleh dapatkan maklumat mengenai idola anda yang berjaya dalam karier masing-masing untuk memberikan jawapan ketika disoal dengan soalan ini. Tidak semestinya anda menyatakan tentang idola yang bekerja di syarikat itu sahaja. Malahan anda boleh sahaja ceritakan mengenai usahawan yang baru meningkat naik atau yang tidak dikenali oleh bakal majikan anda untuk dijadikan motivasi anda untuk berjaya dalam karier yang diceburi.

Jawapan Yang Perlu Dielakkan

Ingat, terdapat beberapa jawapan yang perlu anda elakkan ketika menjawab soalan ini seperti :

  • Saya sebenarnya inginkan sebuah rumah yang besar, duit yang banyak untuk masa hadapan saya. Jadi, itulah motivasi saya yang sebenarnya.
  • Saya sebenarnya bermotivasi tinggi dalam pekerjaan sebab saya ingin membayar hutang. Jadi, saya tidak mahu kehilangan pekerjaan ini.
  • Saya mempunyai motivasi yang tinggi kerana ingin mendapatkan idea untuk membuka perniagaan saya sendiri selepas ini.

Ingat, berikan jawapan yang sepadan dengan jawatan yang dipohon kerana bakal majikan biasanya memerlukan anda untuk sama-sama bekerja dengan pekerja yang lain untuk memberi tambah nilai yang berbaloi dengan syarikat mereka.

Contoh Jawapan Soalan Temuduga “Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu?”

Berikut adalah beberapa contoh jawapan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan anda.

  • Saya memang suka bekerja dalam satu pasukan kerana saya suka menyumbang idea dan berkongsi pandangan dengan rakan sekerja yang lain. Ini kerana rakan sekerja juga mempunyai semangat serta motivasi yang tinggi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama.
  • Peluang yang diberikan serta kepercayaan yang tinggi oleh majikan serta rakan sekerja menjadikan saya bermotivasi tinggi untuk menyiapkan tugasan dengan jauh lebih baik daripada sebelum ini. Malahan, saya lebih berpuas hati dan berharap ia juga menjadi contoh untuk pekerja yang lain.
  • Apa yang menjadikan diri saya bermotivasi dalam melakukan tugasan ialah apabila membaca kejayaan idola-idola saya dalam bidang ini yang sentiasa berusaha dan mencapai kejayaan satu demi satu. Mereka menjadikan saya sangat kuat dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan seperti mana mereka lakukan.

Bagaimana Menjawab Soalan Temuduga _Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu__

Nak tahu lagi contoh-cotoh soalan yang mencabar untuk dijawab ketika temuduga anda? Dapatkan disini serta hafal jawapan yang dikongsikan ini.

close-image