Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Boleh Dituntut Penerima BSH. Ini Cara Buat Tuntutan

41,728

Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Boleh Dituntut Penerima BSH

Hari ini, Timbalan Menteri Kewangan I iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri telah mengumumkan bahawa penerima BSH berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000.

Buat Tuntutan Bantuan Khairat Kematian

Sekiranya berlaku sebarang kematian waris, penerima BSH boleh membuat tuntutan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH

1. Tuntutan Skim Khairat Kematian boleh dibuat dimana-mana cawangan LHDN yang berdekatan.

2. Borang tuntutan yang diisi dengan lengkap perlu dihantar bersama dokumen-dokumen berikut :

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Kad Pengenalan Asal Waris.
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris

MySalam

Penerima BSH juga akan mendapat MySalam secara automatik dimana skim ini memberi perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan yang ditanggung pesakit sekiranya dikenalpasti mempunyai salah satu penyakit daripada 45 penyakit kritikal.

“Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang didiagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal.

Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan ke hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari sebagai meringankan beban kewangan semasa sakit,”

Penerima BSH Luar Bandar & Sabah Sarawak

Penerima BSH yang berada di luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah Sarawak perlu mendapat maklumat mengenai pelbagai faedah sampingan daripada kerajaan Persekutuan untuk meringankan beban rakyat.

“Kementerian Kewangan akan melaksanakan beberapa kaedah baharu bagi menyampaikan bantuan tunai kepada penduduk di kawasan terbabit, selain program turun padang dilakukan oleh Jabatan Perbendaharaan dan LHDN.

Ini termasuk menambah kiosk mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional serta melantik Pos Malaysia Berhad sebagai ejen BSN sebagai kemudahan penduduk luar bandar.”

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri.

Terdapat ramai penduduk yang layak menerima BSH dikawasan luar bandar dan pedalaman belum menerima bantuan BSH terutamanya mereka yang tidak memiliki akaun bank.

Info & Pertanyaan

Sebarng info dan pertanyaan berkaitan pembayaran dan tuntutan khairat kematian ini, anda boleh hubungi Cawangan LHDN terdekat atau melalui saluran berikut :

Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline MOF : 03 – 8882 4565 / 03 – 8882 4565
Emel: [email protected]

Sumber : BERNAMA

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image