BSN Beri RM5,000 Untuk Geran Padanan Pendigitalan PKS, Dapatkan Borang Permohonan Disini

8,054

Geran Padanan Pendigitalan PKS BSN

Geran Padanan Pendigitalam PKS merupakan satu inisiatif geran yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

Tujuan Geran Padanan Pendigitalan PKS BSN

Tujuan inisiatif ini adalah untuk membantu usahawan PKS membuat laman web dan mempromosikan perniagaan yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.

Jumlah Geran

Jumlah geran yang akan diberikan kepda usahawan PKS adalah semaksimum RM5,000 atau sebanyak 50% dari jumlah invois yang dikemukakan oleh usahawan PKS.

BSN Beri RM5,000 Untuk Geran Padanan Pendigitalan PKS, Dapatkan Borang Permohonan Disini

Perkhidmatan Pendigitalan Yang Disediakan

Antara perkhidmatan pendigitalan yang disediakan adalah :

  1. Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
  2. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer Relationship Management (CRM)
  3. Pemasaran Digital / Jualan
  4. Perolehan
  5. Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai
  6. Kerja Jarak Jauh (Remote Working)
  7. E-Dagang

Kelayakan Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda boleh semak kelayakan seperti :

  • Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
  • Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu 1 tahun.
  • Bagi syarikat yang baru beroperasi selama 2 tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut.
  • Bagi syarikat yang telah beroperasi melebihi 2 tahun, syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum RM5.

Cara Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS BSN

Berikut adalah cara untuk memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS.

  • PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana – mana perkhidmatan pendigitalan yang disediakan (maksimum 3 servis).
  • Hanya PKS dibenarkan untuk melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana – mana cawangan Bank ataupun melalui emel rasmi syarikat. Perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan yang dibuat kepada pihak Bank adalah tidak dibenarkan.
  • Setelah permohonan PKS diluluskan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat
    mengikut budi bicara Bank.

Muat Turun Borang Geran Padanan Pendigitalan PKS BSN

Anda boleh muat turun borang permohonan disini.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Permohoan yang lengkap perlu disertakan dengan borang-borang seperti :

  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal dan Pengarah Syarikat dan/atau Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  • Salinan lesen pendaftaran syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A) atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
  • Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan.
  • Penyata bank syarikat untuk 2 bulan terkini.
  • Profil syarikat. (jika ada)
  • Invois / resit Pembayaran dan persetujuan perkhidmatan bagi perkhidmatan pendigitalan yang dipilih yang disenaraikan MDEC.

Cara Menghantar Borang

Anda boleh menghantar melalui kaunter BSN yang terdekat atau secara emel di :

Johor : [email protected]
Kedah : [email protected]
Kelantan : [email protected]
Melaka : [email protected]
Sembilan : [email protected]
Pahang : [email protected]
Perak : [email protected]
Pulau Pinang : [email protected]
Sabah : [email protected]
Sarawak : [email protected]
Selangor : [email protected]
Terengganu : [email protected]
P. Kuala Lumpur : [email protected]
Micro HQ : [email protected]

Info & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan dan inginkan info yang lebih lanjut mengenai Geran Padanan Pendigitalan PKS melalui saluran berikut :

BSN : 1-300-88-1900

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image