BPN 2.0 : LHDN Saran Permohonan Baharu Secara Dalam Talian

7,774

BPN 2.0 : LHDN Saran Permohonan Baharu Secara Dalam Talian

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan BPN 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM7 billion dan bakal diterima oleh pemohon BPN pada hujung Oktober ini.

Bantuan BPN 2.0 yang diberikan kepada pemohon ialah sebanyak :

  • RM1,000 : Isi Rumah B40
  • RM500 : B40 Bujang
  • RM600 : Isi Rumah M40
  • RM300 : M40 Bujang

2 Cara Permohonan Baharu BPN 2.0

LHDNM juga ada memaklumkan bahawa permohonan baharu boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu :

  • Secara online
  • Melalui mana-mana Cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau UTC LHDNM.

Permohonan BPN 2.0 Baharu Dalam Talian

Namun, menerusi kenyataan media LHDNM, sebarang permohonan baharu untuk BPN 2.0 adalah digalakkan secara online berikutan penularan wabak Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga.

Saranan ini adalah lebih kepada pemoohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tarikh Bayaran BPN 2.0

Untuk pengetahuan semua bayaran untuk BPN 2.0 adalah secara ansuran dan tarikh bayaran bagi BPN 2.0 adalah  berikut :

  • Ansuran Pertama : Hujung Oktober 2020
  • Ansuran Kedua : Januari 2021

Manakala bagi golongan B40 pula, bayarannya adalah seperti berikut :

  • Ansuran Pertama : Hujung Oktober 2020 (RM700)
  • Ansuran Kedua : Januari 2021 (RM300)

BPN 2.0 : LHDN Saran Permohonan Baharu Secara Dalam Talian

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan BPN 2.0 ini, sila hubungi :

Rujuk disini untuk maklumat lanjut mengenai BPN 2.0 serta FAQ soalan lazim yang berkaitan dengan BPN 2.0.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image